in

Amoi Cantik Bantu Mat Rempit Kemalangan Tepi Jalan Jadi Perbualan Netizen

^C0C0507D4Bfe4Aa157751Be2F5176F7C64324Ac6832D142C5F^pimgpsh Fullsize Distr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sungguhpun mat rempit merupakan ‘raja’ di atas jalan raya, namun apabila mereka ditimpa kemalangan, mereka juga wajar mendapatkan pertolongan yang sepatutnya.

Malah boleh dikatakan di sebalik malang yang menimpa si mat rempit, dia juga sebenarnya beruntung kerana telah dibantu oleh seorang amoi yang juga seorang doktor yang kebetulan berada di tempat kejadian.


Kisah ini menjadi tular apabila Muhammad Aizuddin berkongsi di laman Facebook. Menurut Aizuddin,

Amoi1
sumber: facebook

Respect dekat amoi ni. Walaupun dia tahu kami mat rempit, dia berhenti tolong sebab dia doktor.”

Malah apabila Aizuddin menyuruh doktor tersebut untuk berlalu terlebih dahulu sementara mereka menunggu ambulans tiba, dia hanya mengatakan, “Tak apa, saya tunggu sampai ambulans datang.”

Kau carilah dia bila kau dah sihat. Dialah yang suruh aku beli air gula, dialah yang siram luka kau. Gua respect.”

18698063 172865129910512 5806920236503507883 N
sumber: facebook

Meskipun perkongsian mengenai doktor cantik itu mendapat pelbagai respon positif dari netizen yang berbangga dengan tindakannya membantu mangsa kemalangan tanpa mengira darjat dan bangsa, namun ada juga komen berbaur rasis dan kecaman terhadap Aizuddin sendiri.

Kebanyakannya menuduh Aizuddin sengaja memuatnaik perkongsian tersebut untuk memburukkan bangsa sendiri supaya statusnya itu menjadi tular. Malah beliau juga dikecam kerana menjadi mat rempit.

Memanglah sakit itu penghapus dosa, tapi kalau kau sakit luka sebab merempit, kau rasa penghapus dosa ke?”

Mula-mula nak respect bila baca post ni, tapi ayat yang hujung tak manislah brader. Hanya kerana doktor cina ini yang membantu, tak semestinya doktor melayu tak tolong. Cuma bukan berada dekat situ. Ada saja viral doktor melayu tolong kes di tempat kejadian. Ape pun semoga cepat sembuh kepada kawan awak.”

Walau bagaimanapun, Aizuddin tidak cepat melatah dan kembali membuat perkongsian baru untuk membalas kecaman netizen kepada dia dan sahabatnya.

Kepada kakak-kakak dan abang-abang yang cakap saya main isu perkauman tu, pertama kali saya memang mat rempit. Kedua, saya tak main isu perkauman pun. Saya cuma nak selidik jika doktor Melayu apa responnya.” 

Aizuddin juga memohon maaf jikalau perkongsiannya sebelum ini membuat beberapa pihak terasa hati atau tersalah tafsir dengan apa yang tulisnya.

17155733 109898959540463 2511109697314187691 N
sumber: facebook

Walau apapun, tindakan doktor berbangsa Cina itu patutlah dipuji kerana sanggup melaksanakan tanggungjawabnya tanpa mengira bangsa, agama dan darjat seseorang. Tahniah doktor!

Baca: Jururawat Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja Berhenti Untuk Bantu Mangsa Kemalangan Dipuji Netizen

Juru1 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.