in

Ambil Masa 4 Bulan Sampai Paris, Lelaki Kongsi Semula Video Ride Dengan Wife Naik Motor Buat Ramai Tak Percaya!

Fi Ride

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Para peminat motosikal pastinya akan ‘triggered’ bila baca cerita tentang abang ni. Confirm korang akan fikir banyak kali, betul ke abang ni? Sumpah lah abang ni? Serius lah?!


Walaupun sebenarnya abang ini telah dikenali ramai melalui saluran YouTube miliknya iaitu, kapcaipackers adventure, tetapi baru-baru ini di laman TikTok dia viral lagi!

Melalui perkongsian di laman TikTok peribadinya, lelaki bernama Mohd Alfishahrin ini telah pun berjaya mendapat jumlah tontonan sebanyak 4.7 juta dalam masa dua hari sahaja!

@kapcaipackers

Ke kota cinta bersama yang tercinta ????. #travel #fyp #kapcaipackers #roundtheworldtravel #kapcai #rs150r

♬ La Vie En Rose – Emily Watts

Video yang menunjukkan pengalamannya bersama isteri tercinta ride ke ‘kota cinta’ Paris sebelum musim Covid-19 melanda dunia itu telahpun menjadi perhatian ramai. Bukan sahaja telah menerima jutaan tontonan, tetapi video tersebut juga telah mendapat jumlah like sebanyak 658.6 ribu serta 14.1 ribu komen!

Ambil masa 4 bulan ke Paris!

Ada yang bertanyakan soalan kepada abang Alfi ini di ruangan komen tentang berapa lama masa yang diambil untuk sampai ke Paris dari Malaysia. Katanya mereka telah mengambil masa selama 4 bulan menaiki motor ke sana! Wow!!

Kelihatan abang Alfi ini tak menang tangan membalas komen daripada para netizen. Pelbagai soalan yang diajukan kepadanya. Ya lah… kalau sesiapa yang mengikuti saluran YouTube abang Alfi ini, mesti korang tahu kan yang dia dengan wife dia bukan setakat ke Paris, tapi bukan biasa-biasa, naik motor all around the world!

Komen Ride 5

“Honda kena bayar abang ni!” 

Disebabkan abang ni naik motor Honda RS150 keliling dunia, katanya pihak Honda hadiahkan sebuah motosikal selepas dia berjaya selesaikan misi ke London pada waktu itu. Siap dapat servis percuma seumur hidup lagi!

Komen Ride 1

 

Mungkin team kapcaipackers dah rindu sangat nak ride lagi ni… itu yang post dengan TikTok tu. Takpe sabar okay, tunggu border buka sepenuhnya, keadaan pun makin pulih nanti terus ciao okay!

Baca: Perdana Menteri Umum Pemansuhan MyTravelPass, Individu Lengkap Vaksin Boleh Melancong Ke Luar Negara

Baca Travel

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.