Bukan hak kita untuk nak jatuh hukum pada seseorang itu, kadang-kadang apa yang kita nampak tak semestinya melambangkan keperibadian mereka.
Jangan kerana kita nampak dia tu seksi, terus jatuh hukum pendosa sedangkan orang menutup aurat itu kuat mengata, kadang-kadang kita tak faham ada beberapa faktor tertentu kenapa dia terpaksa berpakaian sebegitu rupa.
Misalnya kerja sebagai seorang pramugari yang terpaksa berpakaian sebegitu kerana faktor kerja, tapi adakah itu penyebab untuk kita tidak perlu menunaikan solat? Kisah yang dikongsikan melalui Instastory Hajar.ek yang dikongsikan semua di Twitter ini mesti buatkan korang geram.
Ambil air sembahyang pun nampak spenda. Macam mana tu?”
Sah ke tak tu? Macam patuk ayam laju ha”
Jika diamati betul-betul, pekerjaan cabin crew inilah sering disanjung dan kerja ini jugalah sering dipandang hina oleh segelintir golongan.
Tapi kita tak sedar disebalik ‘mata kasar’ yang kita lihat mereka ini lah yang menjaga nyawa kita semasa berada di atas awan.
Kerja ni sangat memenatkan
Tak glamor
Usalah kita jatuh hukum seseorang itu hanya kerana cara pemakaiannya, memang benar apa yang dikatakan oleh Hajar ni, sebagai seorang mukmin teraplah sikap berperikemanusiaan terhadap seseorang.
Baca : Bengang Tak Dapat Duduk Sebelah BF, Penumpang Biadap Simbah Air Panas di Muka Pramugari Air Asia