in

“Almost all gone” – Duit Dynas Mokhtar Dalam Bank Tiba-tiba Hilang, Banyak Transaksi Luar Negara

Dynas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bank fraud atau penipuan dalam bank merupakan salah satu jenayah digital yang semakin berleluasa kini.

Terbaru, pelakon serta pengacara terkenal Dynas Mokthar berkongsi dia baru sahaja menjadi mangsa penipuan dalam bank.


Artikel berkaitan: Tayang Hidup Mewah, Pelakon Wanita Dipantau Bank Negara Sebab ‘Cuci Duit’?

Artikel berkaitan: “Keluarga ingat love scam” –  Tak Pernah Berjumpa, Gadis Kongsi Cerita Bertunang ‘Online’

Menerusi laman Instagram miliknya, Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar berasa amat terkejut apabila mendapati sejumlah wang dalam akaun banknya lesap.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dynas Mokhtar II (@dynasmokhtar)

“Beberapa hari lalu, saya habis penggambaran dan pulang ke rumah. Ketika mahu membayar gaji pembantu peribadi, saya menyedari hampir semua wang dalam bank sudah tiada.

Saya ada kad debit tapi tak pernah ada kad kredit. Saya fikir, okaylah kad debit selamat sebab kita tak berhutang. Saya periksa penyata saya dan ada transaksi daripada pelbagai mata wang lain,” katanya.

Dalam posting yang sama, Dynas turut berkongsi dia sudah pun membuat laporan berkenaan isu tersebut dan tidak boleh berkongsi dengan lebih terperinci memandangkan siasatan masih dijalankan.

Pelakon drama Syurga Bukan Mudah itu juga sempat mengingatkan orang ramai lebih berhati-hati dalam melakukan pembayaran baik atas talian atau secara fizikal.

Bahayanya! Jaga-jaga guys

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.