in

“Jika habis, kami tambah lagi” – Ebit Lew Beli 150 Kerusi Roda, Bagi Free Untuk Sesiapa Yang Memerlukan

Ft Ebit Final 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebut sahaja nama Ebit Lew, satu Malaysia dah kenal dengan keperibadiannya yang tak jemu-jemu menghulurkan bantuan dan membantu orang yang kurang berkemampuan.


Harini tular berita tentang kesusahan seseorang, esoknya pula Ebit Lewlah antara individu yang terawal sampai untuk menghulurkan bantuan dan sumbangan.

Bantuan yang dikirim pula tidak mengenal perbezaan agama, warna kulit mahupun taraf kehidupan. Malah, haiwan-haiwan juga tidak terkecuali untuk dibantu oleh ‘hero’ Malaysia ini.

Menerusi perkongsian terbarunya yang dimuat naik di laman Facebook, Ebit Lew kini tampil pula untuk memberi bantuan kerusi roda kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk memilikinya.

 

Beli 150 buah kerusi roda, kasi free je

Ebit Kerusi

Sebanyak 150 buah kerusi roda telah pun dibeli untuk diberikan secara percuma kepada sesiapa yang memerlukan. Bukan itu sahaja, Ebit Lew turut akan menambah bilangan kerusi roda berkenaan untuk memastikan tiada yang ‘tercicir’ untuk mendapatkan bantuan ini.

Pohon doakan ya. Baru beli 150 kerusi roda untuk hadiahkan pada sesiapa yang memerlukan. Siapa perlu kerusi roda free, boleh hubungi nombor Pertubuhan Kasih Umat Malaysia 011 70787900. Insya-Allah jika habis nanti kami akan tambah lagi.

Posting yang dimuat naik sejak semalam, 31 Disember 2020 ini berjaya meraih perhatian netizen sehingga memperoleh sebanyak lebih daripada 200,000 likes dan 11,000 comments.

Rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan memuji usaha dan kemuliaan hati Ebit Lew yang banyak memberi manfaat kepada orang lain. Tak kurang juga ada yang mendoakan semoga Ebit Lew diberikan kemurahan rezeki yang berlipat kali ganda dan kesihatan tubuh badan untuk terus menghulurkan bantuan kepada mereka yang susah.

 

“Rakyat Malaysia lebih kenal UEL” – Netizen

Komen Fb 1 1

Komen Fb 2 1

Baca: Lapan Bulan Terpaksa ‘Hidup’ Dalam Kereta, Ustaz Ebit Lew Tolong S Ganesh & Keluarga Sewakan Rumah Baca Ebit 2

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.