Setiap dari kita pasti pernah melakukan dosa, namun pintu taubat sentiasa terbuka luas buat mereka yang ingin berubah ke arah kebaikan.
Sebab itu kita perlu mendekati dan mempelajari ilmu agama kerana itulah yang akan menjadi pembimbing kita di kemudian hari.
Punk belajar Al-Quran
Sama seperti kejadian yang dipercayai berlaku di Indonesia ni, apabila viral foto sekumpulan anak-anak muda yang berimej punk belajar Al-Quran dan mula mendekati agama.
Mereka yang terkenal dengan imej ganas dan kasar malah adakalanya bertatu dengan rambut yang panjang kini duduk berteleku mempelajari Al-Quran.
Malah rata-rata netizen kagum dengan kumpulan pemuda ini dan benarlah hidayah itu milik Allah swt.
Siapa kita untuk menidakkan usaha dan mempersoalkan keimanan mereka.
“Tetap smgt.. insya allah, Allah swt sll membimbing kita ke jln ridha Nya aamiin y rbbl alamin.”