in

“All lies” – Wanita Israel Terkejut, Media Negaranya Lapor Dia Sudah Meninggal Dunia Ketika Protes Di Iran

Syaz Ft 2026 01 28T124309.565

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa media Israel melaporkan secara palsu bahawa seorang jurugambar, Noya Zion, terbunuh semasa protes di Iran selepas Channel 12 Israel menyiarkan gambarnya dan mengenal pasti dia sebagai salah seorang mangsa.

Saluran televisyen swasta berbahasa Ibrani itu menyiarkan foto Noya dalam satu buletin berita dengan mendakwa dia merupakan salah seorang daripada empat warga Iran berketurunan Yahudi yang terbunuh semasa protes di Iran, sambil menambah bahawa jumlah itu mungkin lebih tinggi, namun sukar disahkan berikutan sekatan internet di negara berkenaan.


Artikel berkaitan: Dakwa Dijadikan ‘Senjata Musuh’, Israel Tembak Mati Ratusan Buaya

Artikel berkaitan: Israel Berdepan Krisis, Ramai Tentera ‘Angkat Kaki’ Enggan Terus Berkhidmat

Tidak lama selepas siaran tersebut, beberapa media dan wartawan berbahasa Ibrani mula menyebarkan dakwaan itu di media sosial, malah ada yang mendakwa jumlah kematian warga Yahudi di Iran meningkat kepada lima orang.

Bagaimanapun, laporan tersebut didapati salah sepenuhnya apabila Noya tampil mendedahkan bahawa gambarnya telah disiarkan oleh Channel 12 sebagai individu yang kononnya “dihukum mati oleh rejim Iran.”

Jurugambar itu segera memuat naik video di TikTok sambil menegaskan, “Saya di sini, saya masih hidup, sedang duduk di rumah dan dalam setengah jam lagi saya akan pergi ke latihan. Saya tidak pernah menjejakkan kaki ke Iran sepanjang hidup saya. Gambar saya disiarkan seolah-olah saya telah dihukum mati.”

Difahamkan, wanita berkenaan tidak pernah berada di Iran dan kini menetap di sebuah penempatan di Palestin. Insiden itu mencetuskan kecaman dalam talian serta desakan supaya tindakan undang-undang diambil terhadap pihak media terlibat.

Sumber: Turkiye Today, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.