Isteri kepada penyanyi Nubhan Ahmad, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr Fie, 35, meluahkan rasa syukur apabila keputusan hadanah atau hak penjagaan tetap terhadap tiga anak mereka memihak kepadanya.
Menurut Dr Fie, dia amat menghargai kerjasama yang diberikan Nubhan sepanjang proses mendapatkan hak jagaan penuh anak-anak.
Artikel berkaitan: Nubhan Bawa Anak ‘Lepas Rindu’ Dekat Bibik, Ini Respon Dr Afifah
Artikel berkaitan: Dr Fie Kongsi Tips Perkahwinan Kekal Lama Daripada Tun M
View this post on Instagram
“Alhamdulillah, saya syukur sangat dan amat gembira hari ini. Apa-apa pun keutamaan saya tetap pada anak-anak. Jadi, Alhamdulillah anak-anak saya akan kembali dengan sayalah.
Selama ini pun, untuk kes (hadanah) ini membabitkan perbincangan antara peguam sahaja,” katanya.
Dalam pada itu, peguam syarie mewakili Dr Fie, Datuk Akberdin Abdul Kadir menjelaskan bahawa pihak ibu sememangnya memenuhi kelayakan untuk mendapatkan hak penjagaan.
“Pada pandangan saya, pihak ibu pun mempunyai kerjaya yang baik dan semestinya layak untuk penjagaan anak-anak. Mungkin pandangan itu diambil kira. Pihak bapa pula, selalu keluar bekerja dan sebagainya.
Kecuali kalau ada kekurangan di pihak ibu, tapi ini kosong. Jadi sebab itu semua berjalan lancar dan hari ini adalah prosiding perbicaraan pertama dan kita sudah selesaikan semuanya,” katanya.
Pada September lalu, Nubhan memfailkan tuntutan hadanah atau hak penjagaan penuh serta interim terhadap tiga anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Sebelum itu, beliau turut memfailkan permohonan pengesahan perceraian untuk dua lafaz cerai serta satu lafaz rujuk terhadap Dr Afifah di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
Pasangan tersebut berkahwin pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8; Ahmad Aaffan, 6; dan Afzan Nayillle, 3.
Sumber: Harian Metro
