in

“Alasan rawatan konon” – Dr Rafidah Dakwa Penggunaan Kanabis Untuk Rawatan Tidak Kukuh

Ft Dr Rafidah Tak Setuju Ganja Untuk Perubatan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini isu mengenai Kanabis menjadi bualan hangat rakyat Malaysia, oleh sebab itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan bahawa kerajaan akan mengeluarkan kerangka pendaftaran produk berkaitan ketum dan kanabis.


Ia selepas Jawatankuasa Induk Pembangunan Industri Kanabis dan Ketum Bagi Tujuan Perubatan selepas menerima pandangan daripada pakar berhubung aspek keselamatannya, lapor Berita Harian.

Berikutan dengan pengumuman tersebut, seorang seseorang yang bekecimpung dalam bidang perubatan, ia membuatkan Dr Rafidah terpanggil untuk memberikan respon.

 

Pesanan khas untuk ahli-ahli politik dan yang sewaktu dengannya , ala-ala menyokong ganja

Menerusi TikTok miliknya, Dr Rafidah menyatakan bahawa, ia adalah alasan semata-mata dan menyatakan bahawa rakyat Malaysia kini sudah tahu baik buruk sesuatu.

Sebagai seorang pakar, Dr Rafidah menyatakan bahawa apa yang dibahaskan ini adalah berdasarkan kajian dan fakta, beliau menegaskan bahawa penggunaan ganja ini banyak keburukan.

@rafidah72

Pesanan khas utk ahli2 politik dan yg sewaktu dengannya – ala2 menyokong ganja. #TikTokGuru #JomBelajar #LearnonTikTok #KekalSihat

♬ Seribu Gundah – Hariz & Wanie

“Kajian menyokong ganja/cannabis/marijuana untuk tujuan medikal atau apa-apa penyakit TIDAK KUKUH.”

Pesannya kepada mana-mana pakar perubatan lain yang menyokong ganja ini, Dr Rafidah menasihati agar tidak menjadikan sesuatu yang salah sebagai satu perkara yang betul.

Dalam masa sehari video ini telah meriah lebih daripada 100K jumlah tontonan dan ia mengundang pelbagai reaksi netizen.

Untuk rujukan, pada 14 Julai lalu, Khairy memaklumkan, KKM menyasarkan pendaftaran beberapa produk asas kanabis, CBD menjelang tahun depan.

Baca : KKM Bakal Umum Rangka Kerja Pendaftaran Produk Kanabis Tahun Depan

Ft Kj Kanabis 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.