Pengacara sambilan bagi Bernama TV dilaporkan telah dikenakan tindakan lanjut selepas menggelar Al Jazeera sebagai Al Jahiliah, lapor Malaysiakini.
Herleena Pahlavy berkata sedemikian ketika mengakhiri program Malaysia Petang Ini yang disiarkan Isnin baru-baru ini di Bernama TV dengan berkata,
Saya boleh katakan bahawa Al Jahiliah ini tidak mempunyai asas.”
Al Jazeera, you shut up.”
Menurutnya, laporan Al Jazeera mengenai dakwaan berlaku penganiayaan terhadap gologan pendatang asing di Malaysia ini semasa Covid-19 sebagai kurang beretika dan tidak berasas.
Susulan daripada isu itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah berkata tindakan telah diambil terhadap Herleena.
“Kita tak setuju dengan satu laporan saluran berita itu. Tapi kita tak boleh menggelarnya dengan panggilan itu.”
Bagaimanapun, menerusi Twitter Herleena menganggap tindakannya itu sebagai patriotik dan mengakui langsung tidak sedih.
Tidak gentar dan patriotik di saluran TV Malaysia mempunyai akibatnya sendiri.”
https://twitter.com/herleenapahlavy/status/1280859374529818624
Netizen juga rata-ratanya memberikan sokongan terhadap Herleena dan memujinya kerana langsung tidak gentar untuk bersuara. Antara komen-komen netizen:
Tindakan Hos @BernamaTV luahkan Al-Jazeera sbg Al-Jahiliyah tidak salah. Hos @bernamadotcom itu mempertahan maruah Negara dgn cara disebut extreme patriotic iaitu suatu level tertinggi dlm level2 patriotisme. Ini jarang ada dlm jiwa rakyat Malaysia. https://t.co/sAbss5wDT2
— Dr. Al-Azharri Siddiq Kamunri (@alazharri) July 8, 2020