in

“Al-Fatihah” – Pencipta Perasa Indomie, Nunuk Nuraini Kembali Ke Rahmatullah

Al Fatihah Pencipta Perasa Indomie Nunuk Nuraini Kembali Ke Rahmatullah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pencipta perasa mi segera terkenal, Indomie iaitu Nunuk Nuraini dilaporkan telah meninggal dunia pada Rabu lalu, 27 Januari 2021.


Memetik laporan Kompas, berita dukacita itu disahkan oleh Nurlita Novi Arlaida, Ketua Perhubungan Awam Indofood.

“Puan Nunuk Nuraini meninggal dunia pada hari ini (Rabu, 27 Januari 2021) dan pulang dengan tenang ke pangkuan Allah SWT,” katanya.

Dikhabarkan, Allahyarhamah meninggal dunia pada usia 59 tahun. Namun begitu, punca kematiannya tidak didedahkan kepada umum.

Nunuk E1611981745706

Untuk info, Allahyarhamah Nunuk Nuraini merupakan graduan dalam bidang teknologi makanan dari Universiti Padjadjaran, Bandung, Indonesia. Beliau telah berkhidmat selama 30 tahun dengan PT Indofood CBP Sukses Makmur Tbk sebagai Flavor Development Manager Indofood.

Berita pemergian Allahyarhamah Nunuk Nuraini turut dikongsikan oleh warganet seberang di laman Twitter. Rata-ratanya mengucapkan terima kasih atas bakti yang telah ditabur Nunuk Nuraini sepanjang kerjayanya.

Selain itu, menurut Kompas lagi, bahagian Sumber Manusia Mi Instan PT Indofood CBP Sukses Makmur Tbk, Agus Suprapta turut berkongsi salam takziah atas pemergian Nunuk Nuraini.

“Semoga almarhumah husnul khotimah, diterima ibadah dan amalan baiknya, diampuni semua dosa-dosanya, dan ditempatkan di Syurga-Nya. Dan untuk keluarga almarhumah yang ditinggalkan diberikan kekuatan iman dan ketabahan,” katanya.

Indomie E1611981643547

Selain popular di Malaysia, Indomie turut dipasarkan di 80 buah negara lain seperti Australia, Amerika Syarikat dan Afrika.

Pada 5 November 2019, Los Angeles Times menamakan Indomie perisa ayam barbeku sebagai mi segera terbaik.

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarhamah. Semoga rohnya tenang dan dicucuri rahmat. Al-Fatihah…

Sumber: Kompas

Baca: HELLO POLIS? Ada Syarikat Indonesia Cipta Aiskrim Perisa Indomie, Siap Ada Bawang Goreng Tabur!

Aiskrim Indomie E1610877261924

Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.