Dukacita dimaklumkan Mufti Perak, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Haji Harussani bin Haji Zakaria telah kembali ke rahmatullah hari ini.
Menurut hantaran Public Health Malaysia di Facebook, Allahyarham telah meninggal dunia akibat Covid-19.
Terdahulu, Allahyarham telah disahkan positif Covid-19 pada pertengahan bulan Mei dan menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak
Menurut laporan Berita Harian yang menghubungi anak Allahyarham, Datuk Ahmad Wafi minggu lalu, dan telah mengesahkan perkara tersebut.
Usaha Allahyarham dalam memartabatkan syariat Islam di negeri Perak amat dihargai setiap lapisan masyarkat.
Al-Fatihah.
Baca: “Takde keperluan tak payah keluar rumah” -[VIDEO] Pengebumian Mangsa Covid-19 Undang Simpati Netizen