Kerja-kerja menebar roti canai ni biasanya kita lihat dilakukan oleh golongan lelaki, dan mungkin orang yang lebih berumur. Yelah bukan senang nak tebar roti canai.
Berbeza dengan gadis ini yang dikenali sebagai Siti Noor Shafikah Mahmudi, 20, dia dilihat hebat melakukan tugasan itu.
Videonya yang mula viral di Twitter pada hari Sabtu lalu selepas dikongsikan oleh sepupunya @jeonnnni.
Menurut perkongsian tersebut, kedai yang diusahakan oleh sepupunya itu turut menyajikan pelbagai hidangan lain seperti roti canai, nasi lemak dan nasi ayam balado.
Terliur pula min pagi-pagi ni…
Assalamualaikum guys nak mintak tolong rt je untuk rezeki my cousin and her family , her dad just passed away a few month ago and now they started their business at cameron so sesiapa yang datang cameron tu nk cari sarapan pagi roti canai , nasi lemak , nasi ayam balado boleh dm pic.twitter.com/hP5KGroRD0
— mochi (@arsdefff) October 10, 2020
Syafika yang pada mulanya menetap di Kuala Lumpur, baru sahaja mengusahakan perniagaan itu bersama ibunya sejak minggu lalu.
“Sebelum ini kami menetap di Kuala Lumpur, kemudian ayah meninggal dunia pada usia 67 tahun , 22 Jun lalu. Ayah tiba-tiba sakit, doktor kata ada penyakit tiga serangkai… sakit jantung, darah tinggi dan buah pinggang.
“Mak sebelum ini bekerja dengan syarikat Radicare di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Kami baru je berpindah pada September lalu selepas mak pindah bekerja di Hospital Cameron Highlands.
“Pakcik yang ajak mak naik Cameron untuk cuba bisnes di sini. Selain kerja hospital, mak berniaga kedai makan bersama saya dan adik bongsu,”
“Sebelum ni berniaga murtabak, saya belajar buat roti canai masa berniaga murtabak. Mak dan pakcik pun ada ajar saya.
“Bagi Fika, kalau berniaga boleh bantu keluarga. Fika memang minat berniaga.”