Seorang guru lelaki berdepan tindakan digantung tugas selepas dikatakan dia telah memberi hukuman melampau ke atas dua murid perempuan.
Dalam video berdurasi empat minit yang viral, dapat dilihat guru tersebut memukul, menengking selain melakukan beberapa bentuk hukuman fizikal lain seperti menggoncang tubuh murid tersebut dengan kasar.
Korang boleh tengok video tu kat SINI.
Difahamkan kejadian berlaku di wilayah Zhejiang, Timur China pada Jumaat lalu, lapor Daily Mail.
Goncang tubuh student dalam keadaan terbalik dan merotan mereka dengan kasar


Katanya guru itu juga memukul murid tersebut menggunakan pembaris kayu dengan kasar ekoran murid itu lupa bawa kertas latihan ke sekolah.
Guru tersebut tolak murid itu pada satu dinding kelas dan merotan murid tersebut, tak cukup dengan itu dia angkat murid perempuan tersebut dan terbalikkan badan kanak-kanak itu sebelum menggoncang badan murid tersebut sambil mencengkam kaki mereka”
Murid-murid lain yang melihat kejadian tersebut begitu terkejut dan menyorok di bawa meja masing-masing.


Ramai yang mengecam tindakan guru terbabit yang dianggap kasar dan keterlaluan.
Sementara itu Biro Hal Ehwal Sosial mengesahkan kejadian tersebut dan berkata siasatan ke atas guru berkenaan sedang dijalankan.
Manakala murid terbabit diberikan kaunseling untuk memulihkan emosi mereka.