in

“Aku doa kau mati ke tali gantung!”

Baaaby

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Aku doa kau mati ke tali gantung!"
Loading
/

Kes buang bayi ni macam tak putus-putus kita dengar. Hari ini ada lagi kisah yang sama, tapi apa yang lebih menyedihkan bila ibu sendiri bukan saja tergamak buang anak tapi sanggup campak macam buang sampah.

Menurut Harian Metro, seorang bayi lelaki yang baru lahir dijumpai dicampak dari tingkat dua sebuah bangunan di Jalan Hentian 4, berhampiran Hentian Bas Kajang, semalam. Dalam kejadian jam 5 petang tersebut, bayi tu terjatuh atas jalan raya sebelum orang awam selamatkan dia.


Nan
sumber: facebook

Seorang wanita warga Indonesia berusia 20-an yang dipercayai mencampak bayi tersebut dari tingkat dua sebuah bangunan telahpun ditangkap.

“Permohonan reman terhadap suspek dibuat di Hospital Kajang, pagi ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superintendan Mohd Sabri Abdullah.

35123436 1966570776720608 4779466162771591168 N
sumber: facebook

Sabri memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati pemilik sebuah restoran di kawasan itu menemui bayi berkenaan kira-kira jam 5 petang.

“Sebelum itu, dia (pemilik restoran) mendakwa terdengar bunyi dentuman kuat di belakang restoran berkenaan ketika berada di dapur premis itu sebelum bergegas ke lokasi terbabit.”

35922735 468419560276124 3036028573845553152 N
sumber: facebook

“Lelaki itu kemudian menemui bayi lelaki dalam kedaaan bogel tetapi masih hidup, di atas tanah.”

Terbaru, seorang wanita pengguna Facebook bergelar Norzaliza yang mendakwa suspek pernah bekerja di bawah agensinya memaklumkan bahawa bayi malang tersebut telah meninggal dunia.

Rata-rata yang membaca entri Norzaliza berang dengan tindakan suspek kerana macam takde belas kasihan. Ada juga yang mendoakan supaya suspek dihukum gantung sampai mati.

K5
sumber: facebook
Jahat
sumber: facebook

Walau bagaimanapun doktor memaklumkan bahawa bayi tersebut masih hidup tetapi kritikal. Selain mengalami pendarahan di kepala, bahu kanan bayi itu juga didapati patah.

Bayyi 1
sumber: harian metro

Semoga bayi tu cepat sembuh dan membesar dengan sihat.

Tonton video ni: [AMARAN: Kandungan grafik]

Sumber: Facebook

Baca: “Maaf saya terpaksa buang dia…” – Ibu Tinggalkan Bayi Dalam Kotak Bersama Nota Minta Maaf

Bayi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.