in

“Aku beli condo ni $1.5 million tau!” – Owner Condo Maki Hamun Guard Sebab Tetamu Kena Bayar Masuk Parking Visitor

Hzcondo1026C

Bengang bila tetamu datang rumah masa lewat malam kena bayar untuk parking pelawat, seorang pemilik rumah kondominium di Singapura mengamuk dengan pengawal keselamatan disitu.

Kejadian yang berlaku pada malam Deepavali lepas (25 Oktober 2019) penghuni disitu yang dikenali sebagai Ramesh memarahi dan menengking guard yang sedang bertugas disitu sehingga mencetuskan kekecohan.

 

Aku beli kondo ni harga 1.5 juta tau!”

https://www.youtube.com/watch?v=cAHP7x_eYow

Menurut Straits Times, Ramesh jadi bengang sebab dia kena bayar untuk tetamu yang hadir kalau nak parking kereta didalam residen tersebut.

Dalam video yang berdurasi 3 minit 42 saat itu, ada kereta biru berhenti di depan pondok pengawal di kondominium tersebut, dalam masa yang sama Ramesh marah pengawal tersebut sambil menjelaskan yang dia beli kondo dia menetap tu dengan harga $1.5 juta (RM4.6 juta) dan menegaskan yang rumah dia beli tu bukan flat murah.

“Korang suruh pelawat saya park dekat visitor, lepastu korang cakap diaorang tak boleh masuk lepas jam 11 malam sebab nak sambut Dilwali?”

Bagaimanapun pihak keselamatan dengan penuh professional menjelaskan bahawa mereka hanyalah menjalankan tugas mereka mengikut peraturan pihak pengurusan residen tersebut.

Menurut sumber, Ramesh bertambah bengang bila dia menjelaskan yang pelawatnya kena bayar $10 (sekitar RM 31) kalau nak park kat dalam sebelum Ramesh masuk dalam kereta tu untuk park dekat tingkat UG.

 

Boleh penjara dikenakan denda RM 15,361), atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali”  – Ahli Parlimen

Persatuan Agensi Keselamatan (ACSA), Robert Wiener mengutuk tingkah laku penghuni itu dan memuji pegawai keselamatan,

 “Kami tidak bertolak ansur dengan keganasan yang ditujukan kepada  pegawai keselamatan kami semasa mereka melaksanakan tugas mereka. Tolong hormati kakitangan keselamatan yang membantu menjaga kejiranan anda”

Dua persatuan agensi keselamatan telah mengeluarkan kenyataan berasingan pada hari Sabtu (26 Oktober 2016) mengenai kejadian itu, mempertahankan pegawai keselamatan dalam video tersebut.

Laporan polis juga telah dibuat pada hari Sabtu (26 Okt) oleh pegawai dalam video yang sedang bertugas pada masa itu.

Presiden Persatuan Keselamatan Singapura (SAS) Raj Joshua Thomas berkata:

“SAS telah dimaklumkan tentang video yang dimuat naik baru-baru ini di YouTube, di mana seorang pegawai keselamatan tertakluk kepada penderaan lisan oleh seorang penghuni kondominium apabila cuba menjalankan tugasnya”

Sementara itu,  Ahli Parlimen Buruh Zainal Sapari ada juga menegaskan bahawa pelaku boleh dikenakan denda $5,000 (RM15,361), atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Sapari
Sumber : facebook

Kes ini sekarang dah jadi kes polis dan siasatan masih dijalankan, pihak sumber telah menghubungi Ramesh tapi tiada jawapan.

 

Baca  “Jangan masuk campur!” – Rakyat India Mengamuk Dengan Kenyataan Tun M, Lancar Kempen #BoycottMalaysia

Boikot