in

“Aku bakar rumah kau!” – Lelaki Selamba Buat Facebook Live Bakar Rumah Rakan

Psiko23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang sekarang sering menggunakan media sosial sebagai tempat untuk melepaskan kemarahan tanpa memikirkan kesan yang bakal berlaku. Menurut Coconuts, baru-baru ini seorang lelaki telah membuat Facebook Live, merakamkan tindakannya yang sedang membakar rumah rakan.


Ga1 1
sumber: coconuts

Dalam video yang telah dimuat naik pada hari Sabtu yang lalu, Arthit Jakkhum, dari Thailand telah menyalakan api, membakar sekeping kertas dan meletakkannya pada rumah kayu kediaman rakannya itu.

Aku bakar rumah kau! Kau tak bayar duit aku balik!”

Difahamkan, Arthit bertindak berani mati sehingga sanggup membakar rumah itu kerana rakannya gagal melangsaikan hutang. Oi, macam tu sekali!

Ga3
sumber: coconuts

Hat Po-ngern, pemilik rumah berkenaan memberitahu bahawa anaknya telah meminjam wang sebanyak THB10,000 tunai, kira-kira RM1,260 daripada Arthit dan telah berjanji untuk membayar hutang dengan menoreh getah untuknya.

Walau bagaimanapun, Hat tidak pasti sekiranya anak lelakinya telah membayar semula hutang tersebut kepada Arthit. Difahamkan hanya sebahagian dinding rumah tersebut sahaja yang terbakar dan tiada sesiapa yang tercedera.

Polis di bahagian timur laut Buriram telah pun mengeluarkan waran tangkap ke atasnya selepas Hat membuat laporan polis. Namun, kelmarin, Arthit telah menaikkan entri baru di Faceboknya untuk menyampaikan kekesalan di atas tindakannya yang melulu.

G4Blur
sumber: youtube

Menurut akaun Facebook miliknya, dia mengatakan bahawa ketika kejadian, dia berada dalam keadaan mabuk. Patutlah! Bukan itu sahaja, Arthit juga meminta maaf kerana pada awalnya dia merancang untuk membakar sedikit bahagian rumah kawannya atas dasar gurauan dan mendakwa sayangkan kawannya dan tidak mahu apa-apa yang buruk berlaku kepadanya.

Saya sedang mabuk ketika itu dan saya sayangkan rakan saya. Saya minta maaf sebab menunjukkan contoh yang tidak baik.”

Tambahnya lagi, dia bertindak sedemikian kerana ingin menyampaikan mesej bahawa dia dalam keadaan terdesak dan memerlukan wang itu dalam kadar yang segera.

Polis Kolonel Sampat Srichanthuek mengatakan bahawa pihak polis masih sedang menjalankan siasatan dengan mengumpul bukti serta menemu bual saksi kejadian. Jika disabitkan kesalahan, Arthit akan berdepan dengan hukuman penalti lima hingga 20 tahun di penjara.

Kalau ye pun nak duit balik, cuba bawak bincang elok-elok. Yang hutang tu pun, bayarlah sikit-sikit dulu kalau tak mampu. Tak pasal-pasal je.

Baca: Orang Gaji Selamba Live Stream Video di Facebook Ketika Mandikan 3 Orang Anak Majikan

Mala 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.