• Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi

Lobak Merah

  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
Search
Follow us
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
Menu

Lobak Merah

Search
in Semasa

Orang Gaji Selamba Live Stream Video di Facebook Ketika Mandikan 3 Orang Anak Majikan

by Amalina Zainal December 5, 2017, 6:15 pm

ShareTweet
Pageog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkhidmatan orang gaji kini ibarat menjadi satu keperluan terutamanya bagi ibu bapa yang bekerja dan mempunyai anak kecil. Mereka juga turut meletakkan kepercayaan kepada orang gaji untuk menguruskan anak-anak sepenuhnya hingga aktiviti pembantu rumah ini langsung tidak dipantau oleh mereka.

WORLD OF BUZZ telah melaporkan pada hari Jumaat yang lalu, seorang orang gaji telah membuat video live stream dirinya ketika sedang memandikan tiga orang anak majikan yang masih kecil.


Og3
sumber: wob

Menurut Coconuts, orang gaji tersebut yang dikenali sebagai Cinta, 28 tahun itu telah menggunakan laman sosial Facebook miliknya untuk menyebarkan video berdurasi 17 minit berkenaan. Video tersebut telah ditonton oleh 700 orang sebelum dipadam beberapa hari kemudian.

Video tersebut merakamkan Cinta yang sedang memandikan anak-anak kecil majikannya yang berumur antara enam hingga lapan tahun dalam keadaan yang gembira sambil bermain dan memeluk anak-anak kecil itu.

Og2
sumber: wob

Walau bagaimanapun, di dalam video live stream tersebut, seorang anak kecil itu hairan dan menanyakan kepada Cinta apa yang dia sedang lakukan serta turut memberitahu dia tidak mahu dirakam. Cinta kemudian dengan selamba menafikan bahawa dia sedang merakam kanak-kanak itu mandi.

Sebaik sahaja berita tentang video itu tular, netizen berang akan perbuatan orang gaji tersebut kerana telah mendedahkan anak kecil semuda itu dalam keadaan tidak berbaju kepada orang yang tidak dikenali di internet.

Og5
sumber: on. Cc

Difahamkan, pihak berkuasa telah menahan Cinta untuk disoal siasat berkaitan hal ini. Wakil daripada Kumpulan Sokongan Majikan HK dan Pekerja Domestik Asing telah menyarankan supaya majikan memberhentikan orang gaji itu kerana bimbang dia menggunakan komputer milik mereka untuk niat jahat atau jenayah.

Namun, menurut peguam, Albert Luk, orang gaji tersebut berkemungkinan besar akan dihukum atas kesalahan penerbitan pornografi kanak-kanak memandangkan anak-anak kecil itu dirakamkan dalam keadaan tidak berpakaian.

Sekiranya disabitkan dengan kesalahan tersebut, dia akan dikenakan hukuman penjara tiga hingga lapan tahun dan denda sebanyak antara RM520,000 hingga RM1,000,000.

Harap kes ini dapat diselesaikan dengan cepat. Mungkin majikan boleh membuat perjanjian dengan orang gaji di mana mereka dilarang sama sekali untuk mengambil gambar atau merakam video anak mereka.

Baca: Pelakon Kerugian RM40,000 Dirompak Amah Ketika Berada di Luar Negara

Og1

ShareTweet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkini

  • Bella Saddiq

    Bella Astillah & Syed Saddiq Bakal Disatukan, Kisah Cinta Mereka Dirakam Dalam 8 Episod Eksklusif Astro

  • Syaz Ft 2026 10 02T124737.834

    “Cinta agung 70-tahun” – Media Arab Saudi Turut Laporkan Pemergian Tun Hasmah

  • Syaz Ft 2026 10 02T110425.232

    Harimau Malaya Gagal Ke Final Selepas ‘Drama’ Masa Tambahan Aksi Indonesia-Bangladesh

  • Ft Fahlina Sidek

    KPM Arah Semua Program Berkaitan Penceramah Bebas Terlibat Kes Pedofilia Dihentikan

  • Ft Flydubai

    Juruterbang Dit*kam Sampai Pesawat Flydubai Menjunam, Didakwa Ada ‘Pertengkaran Di Kokpit’ Sebelum Insiden

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • Freepik The Style Is Candid Image Photography With Natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

  • 5

    Gabungan Legenda dah Tiba!

  • Image

    AirAsia Diskaun Sehingga 33%

Siaran Akhbar

  • Lm Featured Image 900 X 550 Px 2160 X 1080 Px 32

    Selangor Mega Food Fest 2026 Kembali! Lebih 60 Vendor Makanan & Persembahan Artis Popular Bakal Meriahkan Sepang

  • Lm Featured Image 900 X 550 Px 2160 X 1080 Px 30

    Bukan Biasa-Biasa, Usahawan Wanita Malaysia Catat RM229 Juta Jualan Berpotensi Di MIHAS 2026

  • Lm Featured Image 900 X 550 Px 2160 X 1080 Px 27

    Video Ketua Pengarah AKPS Di KLIA Tular, Ini Penjelasan Sebenar Tentang Insiden Berkenaan

IKUTI KAMI

  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

Terkini

  • Bella Saddiq

    Bella Astillah & Syed Saddiq Bakal Disatukan, Kisah Cinta Mereka Dirakam Dalam 8 Episod Eksklusif Astro

  • Ft Tunti Tun

    “Mungkin ini persembahan terakhir bersama saya” – Siti Nurhaliza Kongsi ‘Bisikan’ Tun Hasmah Kepadanya

  • Ft Tun Hasmah

    “Kita tengah shoot tapi pemikiran dia melilau” – Bella Astillah Masih Terkejut Dengan Berita Pemergian Tun Hasmah

  • Ft Pu Riz

    “Macam mana eh Neelofa didik anak” – Netizen Kagum Tengok Bilal Lancar Baca Surah Seawal 4 Tahun

Sebahagian daripada network INFLUASIA. Copyright © 2026 Lobak Merah.

  • Hantar Artikel
  • Pengiklanan
  • Hubungi
  • Syarat Perkhidmatan
  • Privacy Policy
Back to Top
Close
  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube