Disebalik konflik tengah berlaku di bumi Palestin, pihak Israel sempat melakukan perubahan drastik di dalam kerajaannya.
Terbaru, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, terpaksa berundur dari jawatan tersebut. Perkara ini terjadi apabila setiap ahli parlimen mengundi untuk membentuk kerajaan baru, dan hasilnya Netanyahu tewas dengan jurang tipis sebanyak 60 berbalas 59 undi.
Menurut sumber, perkara ini ‘disambut meriah’ oleh ratusan penyokong anti Netanyahu di mana mereka berhimpun dan berarak beramai-ramai.
Susulan daripada perubahan kabinet ini, pemimpin berhaluan kanan Naftali Bennet, dari Parti Yemina telah dipilih sebagai Perdana Menteri Israel yang baharu sehingga September 2023
Kemudian hasil daripada persetujuan perkongsian kuasa bersama, Naftali akan digantikan oleh Yair Lapid untuk tempoh dua tahun seterusnya.
Kerajaan baru ini terdiri dari pakatan lapan parti politik, di mana mempunyai tujuan sama iaitu untuk menyingkirkan Netanyahu selepas 12 tahun memerintah.
Selain itu kerajaan baru ini dikatakan bakal ‘berusaha’ untuk mengurangkan ketegangan berlaku dengan Palestin, serta akan menjalinkan hubungan baik dengan pihak Amerika Syarikat.
Sumber : Utusan Malaysia, Bloomberg
Baca : “Laungan takbir dan jeritan keseronokan bergema” – Israel & Gaza Umum Gencatan Senjata