in

Ajaib! Remaja Terus ‘Terjaga’ Dari Koma Lepas Abang Sebut ‘Chicken Fillet’

Ft Koma Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang semua mesti ada makanan kegemaran yang ‘special’ di hati sehinggakan kalau makan di restoran pun mesti nak order makanan favorite tu.


Lebih-lebih lagi kalau mak yang masakkan makanan kegemaran tu sudah pasti perut masing-masing terus ‘bergendang’ dan terus bersemangat nak melantak.

Itu sememangnya fakta bahawa makanan sememangnya boleh meningkatkan tahap kesihatan dan mood seseorang individu.

Percaya atau tidak, seorang remaja dari Taiwan ini dikatakan telah ‘terjaga’ dari koma selepas sahaja mendengar nama makanan kegemarannya disebut.

What? Seriously? 

 

Kemalangan sehingga koma

Remaja lelaki yang berumur 18 tahun itu dilaporkan berada dalam keadaan koma selama 62 hari. Namun dia tersedar daripada komanya selepas abangnya ada menyebut tentang makanan kegemarannya iaitu ‘chicken fillet’ atau isi ayam.

Menurut laporan Times Now News, remaja lelaki berkenaan telah terlibat dalam kemalangan jalan raya sebelum ini. Dia mengalami kecederaan parah yang mengancam nyawanya dan juga beberapa pendarahan teruk di bahagian organ dalaman.

Walaupun doktor di hospital berjaya menstabilkan kondisinya yang agak kritikal itu, namun remaja itu berada dalam keadaan koma selama lebih dua bulan.

Remaja yang dikenali sebagai Chiu telah dirawat di bahagian unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Awam Ton Yen di Hsinchu County.

Menurut pengarah ICU, Hsieh Tsung-Hsin, Chiu dikatakan mengalami pelbagai kecederaan termasuklah di bahagian limpa, buah pinggang kanan dan hati. Selain itu, remaja itu juga mengalami pendarahan teruk di bahagian perut.

 

Abang cakap nak makan makanan kegemarannya

Chicken 1

Ahli keluarganya dikatakan sentiasa berada disisinya sepanjang dia koma dan sentiasa berdoa mengharapkan keajaiban akan berlaku.

‘Keajaiban’ itu termakbul apabila abangnya yang datang melawat pada hari itu telah bergurau dengan mengatakan,

Adik, aku nak pergi makan ‘chicken fillet’ kegemaran kau.

 

Tersedar dari koma, detak nadi semakin melaju

Ibarat mantera ajaib, adiknya itu mula tersedar dari ‘lena’nya dan detak nadinya semakin melaju setelah mendengar nama makanan kegemarannya itu disebut.

Chiu kemudiannya semakin pulih dari kecederaannya dari hari ke hari sehinggalah dia dibenarkan keluar daripada hospital.

Baru-baru ini, dia telah kembali semula ke hospital itu bersama dengan sebiji kek sebagai tanda penghargaan dan terima kasihnya kepada semua staf di hospital itu yang telah menjaga dan merawatnya dengan baik.

Feat Koma

Apa pula makanan favourite korang? 

Baca: Remaja Sedar Dari Koma 9 Bulan Lepas Dengar Suara Bintang Bola Sepak, Francesco Totti

Baca Koma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.