in

Remaja Sedar Dari Koma 9 Bulan Lepas Dengar Suara Bintang Bola Sepak, Francesco Totti

Ft Toti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang ada tak idola yang korang minat sangat sampai teringin nak jumpa, semua benda pasal dia korang teruja.


Sama la macam gadis ni, tapi ceritanya lain sikit.

Remaja perempuan ni koma selama sembilan bulan dan dikatakan mula beransur-ansur sedarkan diri selepas mendengar suara idolanya, Francesco Totti.

Macam magik okay, dengar suara idola then mula tersedar

Totti yang merupakan bekas bintang pasukan AS Roma, telah diminta oleh ibu bapa remaja tersebut untuk memberi kata-kata semangat kepada anaknya itu lapor Awani

Capture . 1

Ilenia Matilli, 19 kemudian menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan bintang itu sejurus sedar daripada koma.

Tercapai okay hajatnya!

Totti kemudian meluangkan masanya untuk datang melawat Matilli di hospital.

Terdahulu, Totti dikatakan mengirimkan kata-kata semangat supaya gadis itu tidak berputus asa dan terus bertahan melalui kiriman suara. 

Untungnyaaaaaa, prihatin betul Totti. Bukan senang tau boleh jumpa idol!

 

Baca : Sampai sekarang ingat maskot Wira Imbau Kembali 5 Momen Menarik Semasa Berlangsungnya Sukan Komanwel Ke-16 Di Kuala Lumpur 22 Tahun Dulu!

Capture 9 3

Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.