in

Aisha Retno Minta Maaf, Tak Sangka Kenyataan Tentang Batik Timbulkan Kekecohan

syaz ft 2025 11 27T110951.842

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi dan komposer, Aisha Retno tidak menjangka kenyataannya mengenai batik yang diberikan kepada selebriti antarabangsa, Ariana Grande dan Cynthia Erivo mencetuskan kemarahan warga negara jiran.

Menurut Aisha atau nama penuhnya, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, dia menerima banyak komen pedas serta kata-kata kurang menyenangkan daripada netizen Indonesia.


Artikel berkaitan: “Macam tu je dia peluk” – Aisha Retno Jumpa Ariana Grande & Cynthia Erivo, Siap Nyanyi Bersama!

Artikel berkaitan: Gara-gara Sebut ‘Batik From Malaysia’, Aisha Retno Diserang Netizen Indonesia

@aisharett

crying crying crying.🥺 Representing Malaysia for the wicked premiere,i love u ari,i love u cynthia.I indeed have been changed for good bcs of these two. #wickedmovie

♬ original sound – Aisharetno – Aisharetno

“Saya memang tak sangka ia akan jadi satu isu yang cukup besar namun saya ambil perkara itu sebagai pengajaran buat saya. Walaupun ada saya banyak terima komen-komen yang pedas, dekat DM pun ada berikan kata-kata yang kurang enak tapi saya amik ia sebagai perkara yang baik.

Tapi memang faktanya batik ada dari pelbagai negara dan batik yang saya pegang itu adalah batik dari Malaysia. Mungkin ada salah faham, ada yang kata saya tak bersalah tapi saya sentiasa self-reflect, mungkin selepas ini saya kena lebih berhati-hati,” katanya

Menurut laporan Gempak, penyanyi berdarah kacukan Malaysia-Indonesia itu berharap agar isu tersebut tidak lagi diperbesarkan sehingga menimbulkan pertelingkahan antara dua negara selain menjelaskan bahawa dia tidak pernah mendakwa batik berasal dari Malaysia.

“Tapi bagi saya yang ada darah Malaysia-Indonesia kita sudahilah pergaduhan ini, bagi saya ia tak perlu diperbesarkan dan memang nyata apa yang saya baca memang batik itu perkataan daripada Indonesia tapi kita pun tahu di pelbagai negara pun kita ada pelbagai jenis batik.

Tiada istilah saya claim mungkin ada yang kurang faham. Saya cuma cakap batik yang saya berikan itu dari Malaysia bukan semua batik itu adalah asal dari Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Aisha berdepan kecaman netizen Indonesia selepas menghadiahkan kain batik Malaysia kepada Ariana Grande dan Cynthia Erivo ketika tayangan perdana Wicked: For Good di Singapura baru-baru ini.

Video yang dikongsikan Aisha sebelum ini memaparkan dirinya memperkenalkan kain batik Malaysia kepada dua selebriti tersebut.

Sumber: Gempak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.