in

Air Asia Sambung Penerbangan Hujung Bulan Ini, Berita Baik Buat ‘Travellers’?

Cats 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas sekian lama menangguhkan operasi perniagaan, AirAsia dilaporkan akan menyambung semula perkhidmatan penerbangan domestik terpilih yang dijadualkan akan beroperasi seawal 29 April ini.


1 14

Bagi penerbangan antarabangsa pula, AirAsia akan melakukannya secara berperingkat apabila keaadaan dunia semakin sembuh daripada jangkitan Covid-19.

“Penerbangan yang tersedia boleh ditempah melalui laman web airasia.com dan aplikasi mudah alih sekarang. Pelanggan juga boleh menggunakan akaun kredit mereka untuk menebus penerbangan ini”

Terang pihak AirAsia lagi, maklumat terperinci berkenaan laluan dan jadual penerbangan akan diumumkan pada masa akan datang, bergantung kepada kelulusan daripada pihak kerajaan.

C1 1848509

Menurut Presiden Kumpulan AirAsia, Bo Lingam, pihak AirAsia akan mengutamakan keselamatan pelanggan dan kakitangan. Malah, AirAsia juga akan mematuhi panduan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Adakah ini berita baik buat travellers atau satu lagi episod mimpi ngeri buat kita semua?

Kredit: Berita Harian

 

BACA: Musuh Sebenar Kita Bukan Covid-19, Tetapi Rakyat Malaysia Yang Bodoh Sombong?

Cats 11

Sumber: Nikkei
Sumber: BangkokPost

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.