in

Aiman Tino Terkejut Didakwa Kena Tangkap Khalwat Bersama Gadis Dalam Kereta

Mantino Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua tiga hari ini kecoh apabila tersebarnya berita mengenai seorang penyanyi remaja popular dikatakan ‘kantoi’ ditangkap khalwat dekat kawasan perumahan USJ Subang.


Menurut berita tersebut, penyanyi lelaki yang juga merupakan finalis Juara Lagu 2016 itu telah ditangkap berdua-duaan bersama seorang gadis di dalam kereta yang gelap.

Aiman 1
sumber: facebook

Malah penyanyi itu didakwa telah menggunakan kereta milik gadis berkenaan dan merayu supaya kejadian ini tidak dipanjangkan kerana bimbang kariernya dalam bidang seni akan terjejas.

Penyanyi yang dimaksudkan itu lain tak bukan, Aiman Tino yang terkenal dengan lagu Ku Rela Dibenci. Eh biar betul Dak Aiman kena tangkap basah ni??

Mantino 3
sumber: instagram

Aiman Tino dalam kenyataannya kepada Berita Harian memberitahu, dia sendiri terkejut dengan penyebaran berita palsu tersebut. Walau bagaimanapun, dia enggan mudah melatah dengan dakwaan merapu itu.

“Saya diberitahu mengenai cerita khalwat ini oleh peminat yang khuatir sama ada ia benar atau sebaliknya. Saya berterima kasih kepada mereka yang bertanggungjawab menyebarkan khabar angin ini.

“Saya sedang melepak bersama-sama kawan di Ampang untuk berbincang mengenai lagu, jadi bagaimana timbul cerita ditangkap khalwat pula? Berita yang tersebar ini boleh mencalarkan imej saya kerana secara tidak langsung pasti ada yang mempercayainya,” jelas Aiman Tino.

Haa dengar tu… Aiman dah marah dah! 

Mantino 4
sumber: instagram

Menurut Aiman, apa yang paling penting keluarganya tahu akan perkara sebenar. Malah dia tidak akan teragak-agak untuk bertindak jika berita seperti ini muncul lagi dan merosakkan reputasi keluarganya.

“Ini peluang terakhir buat netizen tidak bertanggungjawab. Selepas ini saya akan bertindak kerana perbuatan mereka sudah melampau dan menjejaskan nama baik keluarga!” 

Dalam pada itu, Aiman kini teruja untuk melancarkan lagu duet bersama kakaknya, Fara Hazel dalam tempoh terdekat ini. Lagu tersebut merupakan ciptaan ayah mereka dan akan menampilkan kebolehan Aiman menyanyikan rap dalam lagu tersebut.

Man Farah
sumber: instagram

“Harapnya ia dapat diterima oleh peminat di luar sana,” tambah Aiman yang juga bakal melancarkan jenama baju sekolah pada hujung tahun ini.

Ish, ish tak baik tau korang ni buat cerita tentang Aiman. Aiman budak baik, takkanlah nak buat benda tak senonoh macam tu kan? 

Baca: “Fattah sangat positif dan terbuka” – Sajat ‘Skandal’ Baru Fattah Amin?

Page 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.