in

ADUN Kota Damansara & Satu Keluarga Positif Covid-19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terbaharu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara Shatiri Mansor, isteri dan dua anaknya pula disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah.


Perkara itu diumumkan menerusi sebuah video di Facebook malam tadi. Katanya, beliau bersama 7 orang dari Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (Dun) Kota Damansara diarah untuk kurarantin di rumah selama 14 hari selepas tiba di lapangan terbang KLIA 2 dan membuat ujian saringan.

 

Pada 30 September lalu, isteri saya menerima panggilan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling dan disahkan positif Covid-19, sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.”

Disebabkan beliau sekeluarga merupakan kontak rapat, mereka dipanggil semula oleh PKD pada 2 Oktober lalu untuk menjalani semula ujian saringan

“Dan hari ini (5 Oktober), saya terima panggilan daripada PKD Petaling dan memaklumkan saya serta dua anak positif Covid-19.”

Lagi ADUN dari Selangor disahkan positif #COVID19

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Shatiri Mansor merupakan ADUN kedua dari Selangor yang disahkan positif #COVID19 pada Isnin. Berita lanjut di astroawani.com#NormaBaharu #DisiplinMalaysia #HapusCOVID19

Posted by Astro AWANI on Isnin, 5 Oktober 2020

Shatiri berkata, beliau dan dua anaknya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan, manakala tiga lagi daripada kumpulannya disahkan negatif dan kini menjalani kuarantin di rumah sehingga 16 Oktober ini.

Katanya, biarpun beliau disahkan positif Covid-19, pusat khidmat Dun Kota Damansara beroperasi seperti biasa.

 

Baca : Senarai Tempat Dikunjungi Datuk Dr Zulkifli Sejak 24 September, Orang Ramai Diminta Buat Ujian Saringan COVID 19 Jika Hadiri Ke Majlisnya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.