in

Adibah Noor Terima Permintaan Gambar Bogel Dari Peminat, Ini Respons Beliau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi selebriti bukanlah mudah seperti yang disangka, kehidupan peribadi mereka sering menjadi topik yang diborakkan oleh para peminat dan media. Itu belum dicampur lagi dengan perangai pelik peminat fanatik yang terlalu memuja seseorang selebriti itu.


Turut tidak terkecuali, penyanyi dan pelakon Adibah Noor juga menghadapi situasi yang kurang menyenangkan apabila menerima mesej lucah daripada peminatnya.

Perkara ini dikongsi sendiri oleh Adibah Noor di laman Twitter, dengan memuat naik tangkapan skrin hasil perbualan bersama lelaki itu.

“Salam kak hantar gambar bogel”

Dengan sopan dan penuh berhemah, peminat lelaki tersebut memberi salam lalu meminta Adibah Noor gambar bogel miliknya. Amboi, sopan betul!

Terhibur dengan apa yang terjadi, Adibah Noor membalas mesej tersebut dengan gambar kucing lalu meminta agar lelaki tersebut membayangkan kucing itu adalah dirinya.

Secara berseloroh, penyanyi dan pelakon yang berumur 50 tahun ini menyatakan dia tidak dapat membayangkan bagaimana nasib wanita yang lebih muda daripadanya dalam menghadapi situasi seram seperti ini.

“Akak yg mcm gajah mengantuk ni pun org mintak… bayangkan yg muda, cantik, mulus tu semua berapa banyak request mcm ni yg mereka terima”

Buat anda yang meminati Adibah Noor dan masih berfikiran waras, penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini kini membintangi drama Kampung People 2 yang masih ditayangkan di TV3. Jangan lupa tonton!

 

BACA: Adibah Noor Jadi Ibu Elly Mazlein Dalam Kampung People 2, Bakal Kecoh Teruk!

Sumber: Kosmo
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.