in

“Ade flavour pulak Tu” – Jepun Hasilkan Face Mask Daripada Roti, Siap Boleh Makan Lagi!

Fi Roti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedar tak sedar, nak dekat dua tahun kita hidup dalam keadaan norma baharu. Beberapa SOP yang wajib kita patuhi telah diarahkan sejak mulanya pandemik ini, antaranya adalah dengan memakai pelitup muka ataupun face mask.


Selain pelbagai warna, banyak juga corak face mask yang terdapat di pasaran. Tapi, korang pernah tak nampak orang jual pelitup muka yang boleh dimakan?

 

‘Mask Pan’

Baru-baru ini hangat menjadi bualan, apabila negara matahari terbit iaitu Jepun, mencipta pelitup muka lain dari yang lain. Pelitup muka tersebut diberi nama Mask Pan,korang tau tak apa maksud dia?

Mask maksud dia pelitup muka, Pan tu pula bermaksud roti dalam bahasa Jepun, maka terhasil lah nama pelitup muka tersebut.

Roti 1

Selain dari namanya ‘roti’, bentuk fizikalnya juga sememangnya sama seperti roti melon iaitu roti paling popular di negara tersebut.

Bukan saja ambil inspirasi dari roti tersebut, tetapi face mask ini memang diperbuat dari roti melon yang sebenar!. Tak pernah dibuat orang kan?

Menurut SoraNews24, idea Mask Pan ini datang dari tiga orang pelajar universiti dari Fukuoka dan Okinawa. Mereka itu ialah Chisato Komorita, Tenmi Nagano dan Katsumi Ota.

Kalau korang nak tahu alasan macam mana mereka terfikir idea ni, sebabnya dia orang berharap untuk dapat hidu bau roti tersebut sepanjang masa. Kreatif betulkan idea dia orang ni.

Mungkin ada yang ragu-ragu, tapi sebenarnya pelitup muka roti melon ini telah diuji secara klinikal oleh Unitika Garmentec Research Institute dan terbukti mampu memberi perlindungan kepada pengguna.

 

Roti 2

Mask Pan akan mula dijual di Jepun secara atas talian pada 10 Jun ini, dengan harga 1,800 yen kira-kira RM67.

Kreatif betul idea orang Jepun ni. Boleh la buat stock kudap-kudap juga ni.

 

Baca : Bandar Di Jepun Ini Bina Sotong Gergasi Guna Dana Covid-19 Untuk Tarik Pelancong

Foot Mask

Sumber: SORANEWS24
Sumber: SORANEWS24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.