Sekarang ini ramai yang tengah risau apabila bil elektrik mereka naik mencanak ketika musim PKP ni sehinggakan ada yang dakwa naik sampai 600%!
Dakwaan itu dibuat oleh salah seorang pengguna kerana melebihi caj bil elektrik mereka. Pihak TNB sudah tampil beri keterangan dan menerangkan bahawa ianya tak tepat.
Menerusi Berita Harian, Ketua Pegawai Korporatnya, Datuk Wira Roslan Ab Rahman,pegawai TNB sudah memberikan penjelasan mengenai isu berkenaan kepada individu terbabit.
Kami sudah menyemak bil beliau dan mendapati ada salah faham mengenai pengiraan bilnya.”
Malah individu itu juga menerima penjelasan diberikan oleh pegawai TNB bahawa cara perkiraan melalui kaedah prorata memastikan pengguna tidak terbeban dengan jumlah bil yang tinggi.
Beliau juga menyarankan kepada pelanggan yang mengalami perkara yang sama untuk terus hubungi TNB bagi mendapatkan penjelasan secara telus.
Tegasnya lagi, sebagai syarikat dikawal selia Suruhanjaya Tenaga (ST), katanya, TNB tertakluk kepada syarat lesen yang diberikan, termasuk tidak menggunakan kaedah pengiraan bil dengan sewenang-wenangnya.
“Kaedah ini mendapat kelulusan ST dan ia memastikan pengguna tidak terbeban dengan jumlah bil yang melampau”
Anda boleh hubungi TNB Careline menerusi talian 1300 88 5454 atau Facebook TNB Careline, selain boleh mengunjungi cawangan berhampiran.
Baca : Wanita Cuba Menipu Peniaga Atas Talian Dengan Gambar Bil Elektrik dari TNB