in

“Ada jugak yang pertikai harga COD” – Ini Sebab Kenapa Caj ‘Cash On Delivery’ Lagi Mahal Dari Caj Postage

Feature 2 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai antara kita yang suka beli barang online kan. Kadang-kadang barang-barang rumah pun beli dalam talian. Hidup sekarang semua orang nak cepat so takde masa nak pergi kedai. 


Namun, ada juga yang mempersoalkan kenapa caj cash on delivery (COD) lagi mahal dari caj postage. Sampai ada yang sanggup cancel order lepas dapat tahu kena bayar RM5 atau RM10 untuk caj COD ni. 

Mesti lah ada sebabnya, takkan lah penjual tu saja-saja nak bagi harga mahal kan. Jadi, wanita yang dikenali sebagai @cantekspace di Twitter telah tampil memberi penjelasan kenapa harga COD tu mahal sikit.

Cod

Menurutnya yang juga seorang online seller, harga COD sebenarnya dah termasuk perkhidmatan faster delivery di mana pembeli tak perlu keluar rumah pun sebab penjual akan hantar barang sampai depan rumah.

Cod 7

Cuba kita compare kalau guna cash on delivery dengan guna penghantaran pos, mestilah COD tu lagi cepat kan. Kadang-kadang order pagi tadi, petang ni dah dapat barang.  

Cod 1

Lagipun, korang tak payah risau seller tu nak tipu korang sebab duit kita akan selamat selagi barang tu tak sampai ke rumah. Berganda-ganda lagi selamat kalau compare dengan guna postage.

Cod 8

Kalau masih taknak bayar caj COD yang RM10 tu, korang boleh je self-pick up dekat tempat seller tu sendiri. Kiranya korang kena guna minyak kereta sendiri lah. 

Cod 2

Selain itu, ada juga penjual lain yang turut kongsikan pengalaman mereka.

Cod 3

Caj COD mahal sebab bergantung pada lokasi penghantaran

Cod 4

Masa dan tenaga rider yang hantar pun kena ambil kira 

Cod 5

Duit COD untuk cover duit minyak dan plastik COD 

Cod 6

Kita kena ingat, seller tu pun nak berniaga. Jadi, jangan lah kecam kalau kena bayar caj COD. 

Baca: “Staff kerja setengah mati!” – Parcel Sampai 600,000 Sehari, Netizen Geram Poslaju Tak Bagi Bonus Untuk Posmen

Pos

Sumber: Twitter
Sumber: Bernama
Sumber: Twitter
Sumber: Bernama
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.