in

“Ada juga yang berkebaya” – Padah Berlagak Wanita, 30 ‘Lelaki’ Ber’Gown’ Sambut Majlis Hari Jadi Diserbu JAIK

B4 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Terkedu!” Itulah respon sekumpulan lelaki yang dipercayai menyerupai wanita apabila diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK).


Kejadian berlaku apabila pihak JAIK menyerbu sebuah hotel di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah yang menganjur majlis sambutan hari jadi semalam.

B1 18

 

Ada yang pakai gown dan kebaya

Majlis ini dilaporkan telah dihadiri oleh 30 orang pondan berusia antara 20-an hingga 40-an didapati berpakaian wanita seperti gaun dan berbaju kebaya.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIK, Radzi Abdul Mutalib berkata, serbuan dilakukan pihaknya pada 10.30 malam selepas menerima maklumat berhubung majlis berkenaan.

“Semasa serbuan, kami meminta mereka yang tidak berkenaan bersurai dan hasil pemeriksaan mendapati, terdapat 30 lelaki yang berpakaian wanita dan disyaki pondan.”

Katanya, majlis tersebut turut mengadakan acara pakaian beragam dan nyanyian karaoke. Amboi seronoknya!

B2 2 2

 

Tidak ditahan tetapi perlu hadir ke pejabat agama

Susulan kejadian tersebut, pihaknya tidak membuat sebarang penahanan, sebaliknya hanya diberi notis hadir ke Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) pada tarikh ditetapkan

“Kesemua pondan terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 26 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali,”

Pihak JAIK turut memberi amaran kepada seorang lelaki dipercayai penganjur majlis itu yang berusia 30-an dan dia turut diarah untuk hadir ke pejabat agama bagi membantu siasatan, lapor Harian Metro.

B 3 3

 

Baca: “Menyampah jantan yang nak jadi betina ni” – [VIDEO] Netizen Meluat Tengok Sajat Kata Pondan Tak Kena Covid-19

B3 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.