Tak boleh terima melihat crush dah ada orang lain, seorang remaja lelaki 13 tahun tekad untuk bunuh diri.
Harry Storey, ada beritahu kepada rakan-rakannya di WhatsApp pasal niat dia tu tapi masing-masing ingatkan dia cuma bergurau.
Tapi tanpa diduga, ayahnya Andrew menemui Herry dalam keadaan tergantung di rumahnya di Chilton, Oxfordshire.
Rasa macam tak percaya” – Ayah
Menerusi mStar Online, Andrew dalam keadaan cemas ada buat CPR sambil berteriak kepada isterinya untuk menghubungi pasukan kecemasan.
Harry dikejarkan ke Hospital Radcliffe, dia disahkan meninggal dunia 3 hari kemudia.
Andrew menyifatkan anaknya itu sebagai seorang yang penyayang, berkarisma dan aktif dalam bersukan seperti ragbi, kriket dan tenis.
Menurut ayahnya lagi, dia seperti remaja biasa yang mempunyai jangkaan tinggi terhadap dirinya sendiri. Jadi, tindakannya itu sudah semestinya mengejutkan ayahnya.
Baca : “Mama…maafin Lia…” – Wanita Gantung Diri 2 Hari Sebelum Pernikahan, Tinggalkan Surat Terakhir…