Isu yang tertangguh selama lebih dua dekad akhirnya menemui titik noktah apabila pelakon dan usahawan, Abby Abadi, meluahkan rasa syukur apabila urusan yang membelenggunya sejak 22 tahun lalu kini selesai.
Menerusi satu perkongsian di media sosial, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan berkongsi rasa lega serta berterima kasih kepada suami dan anaknya, Memey, kerana tidak pernah campur tangan dalam urusan yang dianggap sensitif itu.
Artikel berkaitan: Abby Abadi Berangan Ingin Buatkan Majlis Sanding Untuk Marissa Dania
Artikel berkaitan: “Yang penting bukan suami orang” – Abby Abadi Kongsi ‘Bayangan’ Seakan Sokong Marissa Berpisah?
@abbyabadi.exclusive Dengan tenangnya, Sy Share la serba sikit- biar semua tahu, yg ni dah selesai setelah 22tahun ya.. 🤭Terima Kasih Suami & Memey tak pernah campur urusan2 yg tertangguh ini.. Ps: Korang! Yg terbaca post ini… Cerita sini habis sini ok hihi.. bukan nak share sangatpun sbnrnya.. cuma nk maklum, berkat kesabaran selama 22tahun ni.. rezeki Sy, tetap rezeki Sy.. Alhamdullilah burpppp! Hihi.. Terima Kasih @normanhakim_786 sudi bayar apa yg tertunggak setelah berkemampuan.. Awk kata tak perlu share.. tapi takpelah, Sy suka nak share.. bukan sbb tak habis2 .. tp memang tak pernah selesaipun 😆😖 Sy terus menunggu dgn penuh kesabaran. Semoga berkat kesabaran selama 22 tahun ini dapatlah Sy sebuah Mahligai bukan hanya di dunia tapi di Syurga sana… & duit belanja besar jugaaaa nanti ..Aminnnn!! 🤭😍 Tolong Aminkannnnn kawan2 😆🤭
“Terima kasih suami & Memey tak pernah campur urusan yang tertangguh ini,” tulisnya.
Dalam masa sama, Abby menjelaskan perkongsian tersebut bukan bertujuan membuka aib mana-mana pihak, sebaliknya sekadar ingin memaklumkan bahawa kesabarannya selama ini akhirnya berbaloi.
“Bukan nak share sangat pun sebenarnya… cuma nak maklum, berkat kesabaran selama 22 tahun ini.
Awak kata tak perlu share, tapi takpelah… memang tak pernah selesai pun,” ujarnya berseloroh.
Abby turut merakamkan penghargaan kepada individu yang menyelesaikan bayaran tertunggak berkenaan, sambil mengakui dia sebenarnya tidak perlu berkongsi perkara tersebut kepada umum, namun memilih untuk berbuat demikian sebagai tanda kelegaan dan kesyukuran.
Mengakhiri perkongsian, Abby berharap kesabaran yang dipendam selama 22 tahun itu akan diganjari dengan keberkatan hidup, termasuk kebahagiaan rumah tangga bukan sahaja di dunia, malah di akhirat kelak.
“Semoga berkat kesabaran ini dapatlah saya sebuah mahligai bukan hanya di dunia tapi di syurga sana,” katanya.
Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai netizen yang rata-rata menzahirkan rasa simpati serta mendoakan agar Abby terus diberikan ketenangan dan kebahagiaan.
Sumber: TikTok
