Adik kepada K Suresh, penyelia tapak pembinaan yang dipercayai telah dihanyutkan kepala air Sungai Klang berhampiran Jambatan Saloma semalam mendakwa bahawa abangnya itu seorang yang pandai berenang.
Adik yang dikenali sebagai K Suren itu mengatakan bahawa abangnya bertugas di lokasi kejadian kira-kira 70 hari sebagai penyelia tapak pembinaan.
Artikel berkaitan : Lelaki Hilang Dihanyutkan Kepala Air Dekat Pintasan Saloma, Operasi SAR Diteruskan Pagi Ini
Artikel berkaitan : Individu Buat Servis Ambil Gambar Sekitar KLCC Mengaku Orang Malaysia Undang Pertikaian Netizen?
Air terlalu deras
Katanya, dia sempat hubungi abangnya kira-kira jam 3 petang semalam dan diberitahu keadaan hujan di tempat mangsa bertugas.
“Saya dikejutkan tragedi itu selepas dihubungi bapa kira-kira jam 8.30 malam. Abang boleh berenang dan ada juga mengajar orang berenang, tapi arus deras di lokasi mungkin bataskan abang untuk bertahan.”
“Dia memang pandai berenang, tapi dalam situasi air deras dan kuat, mungkin sukar untuk dia berbuat apa-apa.”

Menurut sumber, mangsa menetap di Rawang, Selangor dan kini sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 6 tahun.
Tinjauan mendapati bahawa ahli keluarga mangsa berada di lokasi kejadian bagi mendapatkan perkembangan terkini operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 5.30 petang semalam, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan melalui talian Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) TiTiwangsa berhubung kejadian banjir yang membabitkan mangsa.
Oleh itu, sebuah jentera BBP Titiwangsa dan balai bantuan dari BBP Jalan Hang Tuah diarahkan ke lokasi kejadian.
Sumber : Harian Metro
