in

“Abang bukan jenis gila duit” – Chef Wan Dedah Aliff Syukri Pernah ‘Ajar’ Untuk Viralkan Diri

Ft Chef Wan Dedah Aliff Syukri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan dengan kes Aliff Syukri yang terpalit dengan kontroversi lagu rayanya sampai ke perhatian pihak berkuasa, ia membuatkan pelakon dan pelawak Harith Iskander tampil memberikan pendapatnya berkenaan dengan isu tersebut.


Baginya, disebalik SKMM menjalankan siasatan mengenai individu di dalam muzik video yang memaparkan lelaki lembut, mereka sepatutnya siasat kualiti lagu raya Aliff Syukri yang teruk dan menyifatkan bahawa Aliff Syukri seorang yang genius dalam membuat pemasaran.

 

Dia pernah bagitahu saya….- Chef Wan

Susulan dengan kenyataan tersebut, selebriti chef terkenal Dato’ Chef Wan ada tinggalkan komen dengan memberikan satu pendedahan ketika Chef Wan bersua dengan Aliff Syukri.

Katanya, Aliff Syukri pernah ‘ajarnya’ untuk viralkan diri kerana ia boleh membantu dia menjana wang sambil menunjukkan cek ribuan ringgit yang dia peroleh dari YouTube walaupun orang kutuk dirinya.

Bagaimanapun kata Chef Wan, beliau bukanlah seorang yang jenis gila harta dan gila duit kerana dia ada kelas tersendiri.

Chef Wan Dedah Aliff Syukri

Dalam pada itu, Alif Syukri ada respon pendapat Harith Iskander dengan menafikan bahawa dia bukanlah membikin lagu raya itu untuk tujuan pemasaran, sebaliknya ingin menunjukkan bakatnya disamping menzahirkan rasa syukur kerana videonya trending.

Chef Wan Dedah Aliff Syukri 2\

Selalu sokong dengan apa Chef Wan cakap – Netizen

Isu ini mula menjadi tumpuan apabila ada netizen kongsikannya semula di Twitter dan meraih lebih daripada 8,000 jumlah retweets sejak ia dimuat naik semalam.

Ramai yang menyokong dengan cara Chef Wan, bagi mereka biarpun beliau seorang yang lantang, apa yang dibahaskan itu selalunya betul.

Chef Wan Dedah Aliff Syukri 3 Chef Wan Dedah Aliff Syukri 4 Chef Wan Dedah Aliff Syukri 5Png Chef Wan Dedah Aliff Syukri 6 Chef Wan Dedah Aliff Syukri 7 Chef Wan Dedah Aliff Syukri 8 Chef Wan Dedah Aliff Syukri 9

Baru-baru ini, Aliff Syukri ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memberikan keterangan berhubung video lagu Kelepok Raya.

Video lagu yang menerima kecaman daripada pelbagai pihak berikutan memaparkan penari lelaki yang berperwatakan wanita itu disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, lapor Sinar Harian.

Baca : “Nak memondan je tu” – Damian Mikhail Dedah Motif Sebenar Lagu Raya Aliff Syukri?

Collage 1 8

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.