Bukan senang nak move on lepas dah putus cinta ni. Lagi-lagi kalau macam-macam ayat manis yang dah dijanjikan kepada si dia.
Baru-baru ni, seorang wanita kongsikan di Twitter tentang keadaan rakannya yang tak keruan lepas putus cinta dengan kekasihnya. Syamila mengatakan rakannya itu dah bercinta dengan lelaki tersebut lama dah tapi teman lelaki tu nak putuskan hubungan.
Hairan berubah macam tu sekali
Sejak itu rakannya berubah ibarat orang yang tak ada arah tujuan hidup. Hairan melihat rakannya jadi sampai macam tu sekali hanya disebabkan putus cinta, Syamila mula mendapatkan cerita sebenar daripada tuan empunya badan.
Rupa-rupanya…
Ini jawapan rakan Syamila,
“Aku dah bagi segalanya dekat dia. Ye, semua. Aku sayang dia sangat dan aku sangat naif masa tu sampaikan tak sedar yang bagi kesemuanya bukanlah satu-satunya jalan nak tunjuk aku sayangkan dia. People change, dia curang dengan aku dan tinggalkan aku.”
Ujar Syamila, bekas teman lelaki rakannya itu dah menjanjikan segala-galanya termasuk nak bersama walau dalam susah senang. Tapi hampa bila lelaki itu ambil apa yang patut dan mainkan-mainkan orang yang menyayanginya tu.
Rakannya mengalami kemurungan dan ada suicidal thoughts
Disebabkan hal ni, Syamila cuba membantu rakannya yang sekarang mengalami kemurungan dan banyak kali ada terfikir nak bunuh diri. Tapi Syamila menganggap mungkin dia bukanlah pilihan yang baik untuk membantu rakannya itu kerana tak faham apa yang dilaluinya.
Kata Syamila,
“Aku bayangkan if aku ada di tempat dia. Ya, sangat sakit. So, aku harap jantan-jantan sekalian, please jangan jadi sampah macam ni. Kau dah rosakkan anak dara orang, kau bertanggungjawablah atas dia. Benda ni effect lifetime dia kot.”
“Kalau nak kata perempuan tu yang bodoh sebab bagi, think again, kau rasa dengan ayat manis dan fake hope kau tu boleh buat otak dia berfungsi dengan baik lagi ke? Even perempuan yang alim pun boleh tumpas, inikan yang dibesarkan dalam keluarga biasa-biasa je.”
Syamila juga sempat mengingatkan orang ramai supaya mengambil kisah rakannya ni sebagai pengajaran takut-takut kena pada batang hidung sendiri.
Aduhai, jaga diri ye semua, jangan mudah termakan pujukan orang.