Masih ingat lagi kisah kakak Hello Kitty yang tular tak lama dulu? Seorang ‘Datuk’ dikatakan ingin menawarkan sejumlah wang demi memiliki baju Hello Kitty miliknya dan anak. Meskipun kisah itu sudah berakhir tidak lama dulu, namun baru-baru ini timbul pula kisah baru apabila usahawan kosmetik tersebut memuat naik screenshot perbualannya dengan seorang individu.
Menurut mStar, screenshot tersebut memaparkan Yus Amina Mohd Zawizah sekali lagi dihubungi seorang individu baru yang menyatakan minatnya untuk membeli baju Hello Kitty tersebut.
“Berapa dear jual? Saya berminat dear. Betul-betul berminat,” kata individu tersebut.
Namun pertanyaan lebih lanjut mengenai pembelian baju Hello Kitty berkenaan tergendala selepas Yus Amina atau lebih dikenali sebagai Afina memberi jawapan ‘pedas’nya.
Kalau saya letak harga RM500,000 satu set baju Hello Kitty, macam mana setuju?” katanya di aplikasi WhatsApp.
Mak aii mahalnya!
Harga yang ditawarkan Afina itu telah mengejutkan individu terbabit serta mendapat perhatian netizen yang mengecamnya sebagai ‘mencekik darah’ kerana berani meletakkan nilai setinggi setengah juta.
Afina berkata, sehingga kini dia masih menerima pelbagai mesej sama ada di laman Facebook dan telefon pintarnya daripada pembeli yang berminat dengan pakaian Hello Kitty tersebut. Malah paparan yang dikongsikannya baru-baru ini adalah pertanyaan daripada seorang wanita yang merupakan ahli perniagaan.
“Memang saya letak harga RM500,000 untuk baju Hello Kitty yang pernah dipakai saya, suami dan anak perempuan, ada tiga helai kesemuanya.
“Ramai sangat yang tanya berapa harga, jadi senang cerita saya terus letak harga tu. Bagi saya, kalau mereka betul-betul peminat Hello Kitty dan mampu, mereka boleh beli dengan harga yang saya tawarkan tu,” jelasnya.
Menurut Afina lagi, harga yang ditetapkannya juga tidaklah terlalu tinggi kerana akibat terlalu ramai yang bertanya, tidak salah kalau dia pula ingin ‘demand‘ harga tersebut.
Pun begitu, Afina juga mendedahkan bahawa dia telah menerima beberapa komen negatif berkaitan harga penjualan baju Hello Kitty tersebut yang telah dipadamnya kerana berbunyi agak melampau.
“Mereka kata melampau sebab jual baju tu mahal sangat. Sampai ada yang kata ‘baju guna kain cadar tapi jual harga boleh beli rumah’.
“Ingin saya jelaskan bahawa kain yang saya beli tu memang untuk dibuat baju sebab tu saya sekeluarga pakai. Tapi kain tersebut tak banyak jual, ‘limited’,” katanya.
Sehingga setakat ini, pakaian Hello Kitty yang dipakai Afina dan keluarganya masih belum dibeli oleh mana-mana pihak.
Mungkin ada sebab Afina letak harga tinggi macam tu agaknya. Kan baju tersebut sangat ‘istimewa’ buat anaknya?
Baca: Datuk Tawar Harga Tinggi Mahu Beli Pakaian Hello Kitty Untuk Cucu Yang Sakit