in

Jay Chou Sedia Tangguh Konsert Demi Perlawanan Bola Sepak Malaysia Vs Thailand

F2 Jcksnbj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah beberapa hari kecoh di media sosial tentang isu 21,000 tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil terpaksa dikosongkan ketika perlawanan bola sepak Piala AFF 2022 antara Malaysia dengan Thailand pada 7 Januari bagi memberi laluan kepada persiapan konsert penyanyi Taiwan iaitu Jay Chou yang akan diadakan pada 15 Januari nanti di stadium yang sama.


Apa yang lebih teruk, ada segelintir peminat bola sepak yang telah ‘menyerang’ Instagram Jay Chou kerana tak puas hati dengan penganjuran konsert penyanyi berkenaan.

Walau bagaimanapun, Jay Chou telah tampil menjelaskan bahawa dirinya sedia menangguhkan konsertnya itu demi memberi laluan kepada perlawanan bola sepak antara Harimau Malaya dan Thailand.

3 1

Penyanyi Taiwan yang juga terkenal dengan kariernya sebagai seorang pelakon dalam filem Initial D dan Secret telah mengatakan sedemikian menerusi hantaran di Instagram Story.

Photo 2023 01 07 10 44 12

Namun, Jay Chou turut mengatakan bahawa peminat bola sepak sepatutnya bertanya kepada pihak penganjur atau persatuan bola sepak sama ada konsertnya itu boleh dijadualkan semula.

Ini kerana dia turut mengatakan bahawa dia faham bahawa peminat Malaysia sememangnya mengutamakan sukan bola sepak.

Photo 2023 01 07 10 44 14

Jay Chou juga mengatakan dia hanya mahu menyanyi dan menghiburkan peminatnya di Malaysia.

Sumber: New Straits Times, Instagram Jay Chou

Baca: “Buat malu negara”- Netizen ‘Serang’ IG Jay Chou, Bengang ‘Seat’ Dikosongkan Demi Konsert 

Penyokong Kecewa Konsert Jay Chou Tiket Habis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.