in

“Daripada kau berdengkur, keluar mengundi” – Azwan Ali Pengundi Pertama Tiba di SK Klang Gate

Azwan Ali Ajak Keluar Mengundi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang dah keluar mengundi ke atau tengah beratur sementara tunggu giliran untuk mengundi?


Apa-apapun contoh yang baik telah ditunjukkan oleh Azwan Ali atau lebih mesra dikenali sebagai Diva AA yang menjadi orang pertama tiba di SK Klang Gate, Gombak untuk turun mengundi.

Menerusi perkongsian video di Twitter The Vibes, Azwan dilihat sedang bercakap dengan beberapa wartawan dan memberi nasihat supaya orang ramai keluar mengundi awal.

Azwan Twitter

Daripada kau berdengkur macam b***, keluar mengundi b****. Pastu kau jugak menyalak, gaji sikit lah, harga telur naik lah. 

“Nasihat Diva, keluar awal-awal. Lepas tu buang undi. Tak kisahlah kau pangkah parti mana. Tapi guna otak,” katanya.

Dia sempat juga menyuruh para wartawan bertanya kepada abangnya, Azmin Ali mengenai kenyataan yang pernah dikeluarkannya sebelum ini.

Korang boleh tengok video penuh di sini.

Dalam pada itu, sumber juga melaporkan orang ramai dilihat berpusu-pusu ke pusat mengundi sejak ia dibuka pukul 8 pagi lagi dengan sesetengah tempat yang mana orang ramai terpaksa beratur panjang dan menunggu lebih lama.

Bagi yang baru nak keluar ke pusat mengundi, pastikan korang bawa kad pengenalan dan ingat nombor saluran serta nombor bilangan masing-masing.

Selamat mengundi! 

Baca: Tun M Ramalkan ‘Malapetaka’ Yang Berlaku Lepas Keputusan PRU15 Diisytiharkan

Ft Mahathir Mohamad Sertai Pru15 Buat Ramalan

Sumber: The Vibes

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.