in

Bekas Pengurus Khairul Aming Buat Permohonan Maaf, Akui Lemah Hadapi Situasi Tekanan

Pa Khairul Aming Mohon Maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua tiga hari lepas, kecoh diperkatakan mengenai influencer terkenal, Khairul Aming berkenaan isu pengurusnya yang dikatakan agak ‘kekwat’ hingga ramai kurang senang dalam berurusan dengannya.


Disebabkan hal tersebut mendapat pelbagai kecaman dan kritikan, Khairul Aming menerusi Twitter telah membuat permohonan maaf dan mengakui akan menguruskan kariernya sendiri mulai sekarang.

“Saya akui mempunyai kelemahan dalam hadapi situasi dalam tekanan” – Bekas Pengurus 

Susulan penjelasan daripada Khairul Aming, bekas pengurusnya melalui Instagram hari ini telah membuat permohonaan maaf secara terbuka atas kesalahan yang telah dilakukannya.

Menurut lelaki bernama Ahmad Fadhilat Fitri ini, dia mengakui mempunyai kelemahan dalam menghadapi situasi dalam tekanan dan akan cuba membuat perubahan pada masa akan datang.

Banyak pengajaran yang telah saya belajar sewaktu penularan isu ini. 

“Untuk pengetahuan semua, saya secara rasminya sudah dah xde kaitan kerja dengan KA selepas insiden penularan ini berlaku. 

“Dia (KA) juga sedang mencari pengganti yg baru untuk handle semua kerja dia. Jadi semua socmed saya ni hanya untuk personal saya sahaja dan xde kaitan dh dgn career dia,” katanya.

Tambahnya lagi, dia juga bakal mengambil kelas perhubungan awam (PR) dan kelas-kelas berkaitan bagi memantapkan lagi skill berkomunikasi.

Dalam pada itu, beliau juga berharap agar orang ramai tidak lagi membincangkan hal ini di masa hadapan.

“Things happen for a reason…” 

Permohonan maaf daripada bekas pengurus influencer terkenal ini telah mendapat pelbagai komen positif yang berharap individu ini sedar akan kesilapannya dan tidak melakukan hal yang sama di masa depan.

Pa Ka

Apa-apapun kita doakan sahajalah semoga urusan lelaki ini dipermudahkan dan perkara begini tidak lagi berulang. Kesian juga pada Khairul Aming kena hadap isu ini kan…

Baca: “He’s my friend, and I trust him” – Khairul Aming Mohon Maaf Isu Manager ‘Kekwat’

Aming

 

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.