in

“Rambut dipotong masa tidur”- Viral Kes Buli di MRSM Kuantan, Hingga Kini Pelaku Masih Misteri

F2 Bmrsm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua hari lepas, kecoh di media sosial terutamanya di Facebook tentang pendedahan seorang wanita mengenai anaknya yang dikatakan dibuli di sebuah MRSM di Kuantan.


Apa yang menjadi perhatian ialah wanita berkenaan kesal dengan pihak pentadbiran sekolah berkenaan yang lambat bertindak.

Ini kerana kes buli itu telah berlarutan dari bulan Jun lepas hingga kini namun masih tiada penyelesaian dan identiti si pelakunya juga ke kekal misteri hingga ke hari ini.

Kisah itu telah dikongsikan sendiri oleh ibu mangsa iaitu Nazrah Mohamed menerusi Facebook. Dalam perkongsian tersebut, kronologi dan gambar-gambar sebagai bukti turut dikongsikan.

Kes telah berlarutan di MRSM Kuantan Rasmi dari bulan Jun 2022 sehingga ke hari ini. Kami masih tidak nampak…

Posted by Nazrah Mohamed on Friday, August 12, 2022

 

Dalam perkongsian itu juga, ibu mangsa menceritakan bagaimana rambut anaknya dipotong ketika tidur oleh si pembuli.

Lagi teruk, baju-baju sekolah milik anaknya dan rakan sebiliknya yang digantung di ampaian turut diconteng dan ada yang digunting sehingga tidak boleh dipakai lagi.

Apa yang membuatkan ibu mangsa kesal ialah pihak sekolah ada memanggil anaknya selepas kejadian baju diconteng itu (pada hujung bulan Jun) namun dia mendakwa anaknya itu telah dipaksa untuk mengaku bahawa semua itu dilakukan olehnya sendiri.

12 1

Kes tersebut (baju diconteng dan digunting) itu kemudiannya berlarutan hingga awal Ogos lepas, jadi ibu mangsa ke pejabat polis untuk membuat laporan.

Keterangan mangsa kemudiannya telah diambil oleh pihak polis. Namun beberapa hari kemudian, (pada 12 Ogos lepas), mangsa menelefon ibunya untuk memberitahu bahawa rambutnya dan dua lagi rakan sebiliknya telah digunting ketika mereka sedang tidur.

Nota-nota tulisan tangan yang ditujukan kepada mangsa turut ditemui oleh pelajar-pelajar tingkatan tiga.

13 1

Menurut Sinar Harian, pihak Polis Daerah Kuantan telah mengesahkan bahawa mereka ada menerima dua laporan polis mengenai kes tersebut.

Satu laporan polis dibuat oleh ibu mangsa dan satu lagi dibuat oleh pihak warden MRSM itu sendiri.

Boleh baca kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis ini.

11 1

Jadi, kini, kes sedang disiasat polis di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas kesalahan perbuatan khianat.

Manakala perkongsian ibu pelajar terbabit pula kini telah dikongsikan sebanyak 38 ribu kali di Facebook. Kes ini juga telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-ratanya memberi sokongan kepada ibu terbabit dan ramai juga yang menyarankan pihak sekolah untuk memasang CCTV di sekitar kawasan sekolah dan asrama supaya si pelakunya boleh ditangkap dengan segera.

8

Namun, tak kurang juga ada yang berpendapat mungkin pelajar itu sendiri yang melakukannya, mungkin dengan niat untuk berpindah ke sekolah lain kerana enggan tinggal di asrama.

9

Selain itu, ada juga berpendapat mungkin si pelaku mengalami masalah kesihatan mental.

10

Harapnya kes ini boleh diselesaikan secepat yang mungkin dengan baik. Apa-apa pun, kita sebagai orang luar dan netizen tak perlulah nak buat andaian sebab kita tak berada di sekolah itu dan tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. 

Baca: “Tolonglah pantau anak”- [VIDEO] Adik Sedih Abang OKU Pakai Kostum Donald Duck Dibuli Budak 

6 1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.