in

“Orang nak fikir apa, fikirlah” – Dr Say Tidak ‘Melatah’ Walau Ada Yang ‘Claim’ Dirinya Homoseksual

Dr Say Shazril

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila menjadi seorang influencer, pastinya mereka tidak boleh lari daripada khabar angin malah, segala perbuatan mereka diperhatikan. Apabila mereka tersilap langkah, pastinya kecaman bertalu-talu terkena pada mereka.


Itulah yang terjadi kepada doktor selebriti, Dr Say Shazril apabila terdapat beberapa khabar angin yang menyatakan dirinya merupakan seorang yang homoseksual ekoran beberapa gambar lamanya yang ‘mengundang’ kembali tular.

Disebabkan itu, Dr Say memuat naik sebuah posting dalam laman Instagram miliknya di mana dia menceritakan back story daripada gambar-gambar yang tular itu.

Pegawai perubatan itu menceritakan pada tahun 2013, ketika dia baru sahaja menamatkan pengajian perubatannya di India, dia memasuki beberapa pertandingan badan cantik di Malaysia dan dia telah menjadi johan dalam semua pertandingan itu.

Kemudian, ada sebuah pertandingan yang menawarkan hadiah bernilai RM 3,000 dan ia merupakan nilai yang besar pada waktu itu.

Pertandingan tersebut terbahagi kepada dua bahagian di mana pertamanya perlu melakukan catwalk atau runway dan peringkat seterusnya adalah persembahan.

“Masa 1st part, little that i know yg club where the competition was held was a club kaum pelangi. Sy naive, mana sy nak tahu kat Msia wujud kelab sebegini. Nak tarik diri dah terlambat maka sy teruskan…” tulisnya. 

Ketika itu, tunangnya yang kini bergelar isterinya memberika idea untuk meniru persembahan filem ‘Magic Mike’ dan dia pun menggunakan idea tersebut untuk persembahannya.

“Maka Dr Say bersewakan uniform bomba dengan performance Magic Mike terhasil. Siapa yg tengok video tu kat Twitter, sy mengaku itu sy. Am i proud of it? Definitely not but back then i thought as long as i didnt do any harm to anyone, its fine.” tulisnya lagi.

Dia mengakhiri posting tersebut dengan menyatakan dia tidak kisah dengan tanggapan orang di luar sana, apa yang penting dia dan isterinya tahu tentang orientasi seksnya.

Jangan serkap jarang ok geng?

Baca: “Kolot, selfish” –  Dr Say Minta Perempuan Jauhi Lelaki Yang Ada 2 Sifat Ini!

Dr Say Shazril Isu Suami Marah Isteri Asik Call

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.