Rakyat Malaysia, tak kira umur, kebiasaannya akan menonton berita di televisyen untuk mengetahui berita semasa. Ia juga disiarkan beberapa kali dalam sehari mengikut masa yang ditetapkan dan terdapat dalam pelbagai bahasa untuk memenuhi keperluan dan kehendak rakyat Malaysia.
Selain daripada berita yang disampaikan, pembaca berita turut mendapat perhatian daripada orang ramai kerana mereka merupakan center bagi siaran berita. Biasanya mereka akan mendapat perhatian kerana skill dalam menyampaikan berita, namun, baru-baru ini seorang pembaca berita telah mendapat perhatian kerana dikatakan telah mengenakan pakaian yang menjolok mata.
Seorang wanita telah menulis di Facebook miliknya dan menyatakan ketidakpuashatian terhadap pembaca berita tersebut yang mengenakan pakaian terlalu seksi. Melalui entrinya, Ekyn Rosny telah memuat naik gambar pembaca berita televisyen tempatan yang memakai pakaian yang menampakkan lurah dadanya.
Ekyn juga memberitahu walaupun berita tersebut dalam bahasa Inggeris, namun, itu bukanlah alasan untuk dia berpakaian tidak senonoh ketika menyampaikan berita.
Tapi aku rasa tak sesuai sungguh pemberita baca berita dengan pakaian macam ni. Macam ni dipertontonkan dekat rakyat Malaysia ke? Pakai yang lebih sopan boleh kot. Harap ada yang boleh tegur pemberita ni supaya jangan terlalu seksi sangat.”
Menurut Cari, ini bukanlah kali pertama pembaca berita berkenaan mengenakan pakaian yang kurang sopan. Dia juga turut berharap pihak stesen televisyen terbabit supaya menegur pilihan pemakaian pembaca berita itu.
Sehingga kini Facebook Ekyn telah dibanjiri dengan komen netizen yang masing-masing turut tidak senang dengan pakaian pembaca berita tersebut. Memang tak sesuai la untuk tontonan…
Seorang netizen mengatakan yang dia juga turut terkejut dengan pakaian pembaca berita tersebut dan memilih untuk tukar siaran kerana tidak sesuai untuk ditontoni.
Selain itu, mereka turut memerli pembaca berita itu kerana memakai pakaian yang ibarat hendak ke kelab malam serta mengatakan dia memakai baju tidur bagi mengikut tema waktu siaran.
Uishh.. Tak sesuailah pakai macam tu. Sebab beritakan untuk tontonan umum dan tak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia.
Baca: “Aurat sis, aurat…” – Tayang Gambar Pakai Baju Renang, Sajat Dikecam Netizen Lagi