in

[VIDEO] Bengang Kereta Laju di Jalan Kampung, Lelaki Menyamar Jadi Polis Siap Pegang ‘Speed Trap’

Untitled Design 2022 05 10T180224.585

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Membawa kereta melebihi had laju bukan sahaja salah di sisi undang-undang, ia juga mengganggu dan membahayakan orang sekeliling terutamanya jalan di kawasan perumahan.


Malah, pemanduan melebihi had laju ini juga bahaya kepada pemandu kerana jika terdapat sebarang halangan mengejut dan itu boleh menyebabkan kemalangan yang teruk.

Disebabkan itu, seorang lelaki bertindak menyamar sebagai polis trafik dan memegang speed trap buatan sendiri kerana geram dengan sikap pemandu yang membawa kereta dengan laju di kawasan kampung.

@fiezamieza

Perangai ayah aku ? ? #fyp #fypviral #fypシ

♬ Laughing – Gianluca Marino

Video pendek yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @fiezamieza itu mendapat perhatian netizen, difahamkan lelaki yang dirakamnya itu merupakan bapanya.

Tujuan dia berbuat demikian adalah untuk ‘memaksa’ orang ramai memperlahankan kenderaan dan lelaki tersebut menggunakan beberapa barangan seperti ring light sambil duduk di atas kerusi bersaiz kecil untuk mendapatkan effect yang lebih real.

Menurutnya, ramai juga yang termakan prank bapanya itu kerana kelihatan beberapa buah kereta memandu dengan perlahan ketika ternampak bapanya yang sedang duduk sambil memegang speed trap itu.

“Ramai kena scam!”

Video itu setakat ini mendapat lebih 250k tontonan dan hampir 400 komen, rata-rata netizen terhibur dengan tindakan pak cik tersebut dan tidak kurang juga yang memuji kreativitinya untuk mengelakkan kemalangan dan menjaga keselamatan di jalan kampung tersebut.

Menggg

Mantaplah pakcik!

Baca: “Semoga awak cepat keluar” – Ramai Puji Komik Billboard Kreatif Eco-Shop Ini, Memang Kelakar!

Untitled Design 2022 05 10T180043.990

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.