in

“Takkanlah 4 minit saya nyanyi semuanya sumbang, mesti ada satu dua bahagian yang sedap” – Nabila Razali

Nabilarazali2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini semasa Nabila Razali membuat persembahan live menyanyikan lagu single terbarunya Peluang Kedua, dia telah dikecam teruk kerana ‘terkucil’ ketika sedang menyanyi.


Menurut Media Hiburan, dia sedaya upaya untuk cuba ‘bangkit’ balik selepas dibelenggu rasa kecewa kerana menurutnya perkara itu terjadi secara tiba-tiba dan tak dirancang, lebih-lebih lagi ia merupakan persembahan pertamanya menyanyikan lagu itu secara langsung.

Biarpun bagi orang lain isu kecil, baginya ia merupakan isu besar.

 

Saya bangkit semula selepas apa yang jadi. Sejujurnya saya memang down sangat-sangat dan saya perlukan satu hari untuk bangkit dan bekerja semula.”

Walau bagaimanapun, Nabila Razali bersyukur kerana masih ramai lagi yang menyokongnya. Baginya, kalau dia dah berputus asa, mungkin dia akan fokus untuk sambung pelajaran semula.

“Saya tahu Peluang Kedua ini sebuah lagu yang berat tapi masih ada yang menyokong saya dan kenapa saya nak patahkan semangat mereka? Lagu ni dah jadi siulan mereka.”

Tambahnya lagi, jika diberi peluang untuk mempersembahkan lagu itu di pentas besar, Nabila akan improve mutu nyanyiannya.

“InsyaAllah jika diberikan kesempatan kenapa pula tidak. Jadi, saya perlulah persiapkan diri saya. Ini merupakan cabaran sebagai anak seni. InsyaAllah saya akan perbaiki lagi selepas ini.

“Apa pun yang terjadi janganlah cari yang silap je. Takkanlah 4 minit saya nyanyi semuanya sumbang. Mesti ada satu dua bahagian yang sedap.”

Muzik video lagu Peluang Kedua telah mula dilancarkan dan ia berjaya meraih sebanyak sejuta tontonan dalam masa 2 hari.

Versi muzik video itu merupakan versi tambahan yang menampilkan MK K-Clique sebagai hero.

Baca : “Eh apasal tu?” – Netizen Tersengih Dengar Nabila Razali Nyanyi ‘Live’ Sebab…

Nabilarazali

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.