Kes kematian Covid-19 telah pun menjangkau angka 17 kes. Disebabkan ini, individu yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit dan mangsa perlu menjalani ujian saringan secepat yang mungkin sebelum terlambat.
Menurut Twitter, mangsa wabak Coronavirus yang meninggal baru-baru ini rupanya telah menaiki tren elektrik (ETS) No 9173 dari Butterworth ke Kuala Lumpur Sentral pada 7 Mac lepas sebelum dimasukkan ke hospital.
PENGUMUMAN PENTING!
Penumpang ETS No 9173, Butterworth- KL Sentral pada 7 Mac diminta buat saringan kesihatan jika terdapat gejala Covid-19.
Ini kerana pesakit ke-11 yang meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, berada dlm tren itu pada tarikh berkenaan.@NewsMPB pic.twitter.com/neBPBW77Ym
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) March 24, 2020
Oleh itu, pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah menyeru semua penumpang yang telah menaiki tren yang sama agar membuat ujian saringan Covid-19 di hospital berdekatan secepat yang mungkin jika mengalami simptom virus korona.
Mangsa yang menaiki tren terbabit merupakan mangsa wabak yang ke-11 dan telah meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Kuala Lumpur, kelmarin.
Jadi, korang yang naik ETS yang sama, cepat-cepat pergi hospital ya.