Semua orang dah ambil langkah lebih berjaga-jaga lepas tahu wabak Covid-19 dah capai tahap pandemik. Bukan sahaja hand sanitizer dan topeng muka yang habis dijual malah keperluan barang lain juga turut menjadi tumpuan orang ramai supaya ada bekalan in case Malaysia isytihar ‘lockdown’.
Di luar negara, terdapat beberapa buah negara yang dah isytihar ‘lockdown’ contohnya Itali. Apa yang kita boleh expect ialah mesti semua orang panik sebab barang-barang dekat supermarket nanti mesti dah habis.
Namun, bukan di Itali. Menurut posting @hopefulxflo di Twitter, dia memberitahu yang keadaan di Itali cukup tenang. Takde sape yang beli barang keperluan dengan banyak malah stock dekat supermarket pun still penuh dan lengkap.
Life in Italy. You see, no one is panicking. No one is buying a shit ton of groceries and toilet paper. No one is buying anything in bulk. And their whole country is literally on lockdown. Look how peaceful everything is and how calm they are. I hate the US. Lol. pic.twitter.com/hHTbFLJiLB
— .F L ♡ R I C E L. (@hopefulxflo) March 14, 2020
Korang boleh tengok dekat video tu, dia tunjuk macam mana diorang jarakkan diri dengan orang lain dan pihak supermarket juga menyediakan sarung tangan getah untuk customer.
Even gym tutup pun diorang still boleh workout dekat rumah masing-masing. Wahh bagusnya, semua rilek tapi still buat langkah berjaga-jaga.
So, korang kalau Malaysia ‘lockdown’ jangan panik, just ikut arahan daripada pihak berkuasa. Tapi harapnya tak and semoga wabak ni beransur hilang sepenuhnya.
Baca : Wanita M’sia ‘Terperangkap Di China Kongsi Macam Mana Dia Hidup Sepanjang 40 Hari Kena Lockdown