in

“Pati Kiub Babi Jenama Knorr ada di pasaran Malaysia?”- Ini Penjelasan JAKIM

Featured 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari ini viral di media sosial gambar pati kiub babi jenama Knorr yang didakwa dijual di pasaran Malaysia.


Malah ramai yang mula berkongsikan gambar tersebut sehingga mencetuskan kebimbangan khususnya pengguna muslim di negara ini yang sememangnya menggunakan bahan itu dalam masakan harian.

86174554 169560974343528 60352261968101376 N
Sumber: facebook

Khuatir dengan situasi tersebut, Bahagian Hab Halal Jakim pantas menjawab dan menjelaskan keadaan sebenar berkaitan pati kiub babi jenama Knorr, dalam posting mereka di facebook.

Dalam posting tersebut, dimaklumkan bahawa isu tersebut sudah dijelaskan sejak tahun 2016 lagi.

Penjelasan Isu Pati Kiub Pork Jenama KnorrRamai pengguna di media sosial mula menularkan gambar pati kiub pork jenama…

Posted by Bahagian Hab Halal, JAKIM on Saturday, February 8, 2020

“Produk pati kiub tersebut bukan dikilangkan di Malaysia dan tidak layak memiliki pengesahan halal serta tiada sebarang penandaan logo halal yang tertera pada label bungkusan produk berkenaan.”

“Selain itu, berdasarkan maklum balas daripada syarikat Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd pada Disember 2018 lalu bahawa pihak syarikat tidak mengimport atau mengedar sebarang produk pati kiub pork tersebut di pasaran Malaysia serta komited dalam mematuhi peraturan dan standard berkaitan halal selaku pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah.”

Korang boleh baca penjelasan Jakim berhubung isu ini dekat posting FB mereka yang penulis dah letakkan kat atas.

 

‘Semak sebelum sebar’

Baca : Ada darah BABI- Betulkah Ah Cheng Laksa Tak Halal? Ini Jawapan JAKIM, Rupa-rupanya

Ah Cheng

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.