in

“Nak lawat pesakit tapi jumpa jenazah” – Pakai Segak, Happy Nak Tengok Kawan Dekat Hospital, Tapi Rupanya…

Jenazah Kawan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Begitu juga pertemuan pasti akan berlakunya perpisahan. Tapi, paling menyedihkan apabila perpisahan berlaku kerana perginya insan itu meninggalkan dunia ini.


Itulah yang dirasai 3 sekawan warga Bangladesh baru-baru ini. Menurut perkongsian seorang individu di Twitter, dia yang bertugas di sebuah hospital berdepan dengan situasi yang menyayat hati.

Jaga kaunter triage hari ni. Datang tiga orang orang Bangladesh ni pakai segak segak semua muka happy nak lawat membe dorang kat hospital.”

Kaunter
gambar hiasan

Kata lelaki tu, dia dihampiri tiga sekawan itu untuk tolong berkomunikasi dengan bos sebab nak tahu kawan dorang dekat mana.

Tapi, bila dah cakap dengan bos dorang, dia jadi serba salah dan sedih dengan tiga sekawan tu sebab…

Dia call bos dorang tanya kat mana kawan dorang, pastu dia bagi phone kat aku suruh cakap dengan bos dia. Pastu bos dia suruh aku tunjuk arah ke bilik mayat.”

Mayat5
gambar hiasan

Ye, mereka tak tahu kawan yang sebenarnya disangka pesakit dan dorang datang nak lawat tu sebenarnya dah pun jadi jenazah di bilik mayat.

Dengan penuh rasa sebak, dia pun terus bawa tiga sekawan tu ke arah bilik mayat. Waktu dah sampai tu, muka dorang macam tak faham. Tapi lepas tu bos dia cakap terima kasih sebab tolong hantar sampai ke bilik mayat.

After I settled my job dekat triage, I minta excusethen pergi ke bilik mayat tapi tak masuk pun. Aku tengok dorang dari luar, tiga tiga menangis tengok kawan dorang dah tak bernyawa. 2 orang tu berpelukan. Sorang lagi nampak tabah sikit.”

Menurutnya, kawan mereka itu meninggal ketika mandi. Tapi dia tak pasti macam mana cara kematian sama ada lemas atau terjatuh dalam bilik air.

Mayat2 1
gambar hiasan

Bayangkan bila dah semangat datang hospital nak jenguk kawan tapi tanpa mereka tahu rupanya kawan tu dah meninggal dunia.

Ramai netizen bersimpati dan tersentuh dengan perkongsian lelaki itu dekat Twitter. Tak dapat bayang bagaimana remuknya hati tiga sekawan tu bila dimaklumkan dan tengok sendiri mayat kawan yang nak dilawat tu.

Kesian mereka, datang kerja jauh-jauh, sama-sama.”

Baca: “Betullah jodoh dan ajal di tangan tuhan”- [VIDEO] Pengantin Perempuan Meninggal Dunia Beberapa Minit Sebelum Majlis

Featured 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.