in

Budak Bersilat, Nenek Kebayan & Peluk Pocong: Gadis Kongsikan Pengalaman Seram Malam Keliwon

Untitled Collage 5 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dinafikan, kisah-kisah seram dari negara seberang kita memang agak lain macam.


Pernah dengar malam Jumaat kliwon? Ia kerap dikaitkan dengan malam di mana hantu-hantu dan segala tok nenek jembalang muncul ke alam manusia — hinggakan orang-orang tua sering menasihatkan anak-anak kecil agar tidak keluar rumah, khuatir sesuatu yang buruk akan menimpa mereka.

Ia disebut-sebut sebagai malam keramat dalam kalendar Jawa, dan dipenuhi ‘tenaga supernatural’ dari alam ghaib — yang terpisah jauh sama sekali dari alam kita manusia biasa.

Waktu ini, ada ritual-ritual tertentu yang akan dilakukan seperti memandikan keris, dan mereka juga percaya — roh nenek moyang mereka atau leluhur, akan pulang pada malam tersebut.

Dah meremang bulu roma ke tu? Tahan dulu, cuba gosok-gosok tangan sambil panaskan badan tu kejap, dan baca kisah ‘angker’ yang dikongsikan seorang gadis ni.

Jangan lupa mainkan gamelan kraton di telinga, dan malapkanlah lampu kamarmu gais.

Kliwon

Okay dah ready?

Dalam satu perkongsian menerusi laman Twitternya, @kicap__ berkata, pengalaman itu dilaluinya di Desa Bolo Agung, Jawa Tengah pada 2010 sewaktu musim cuti sekolah.

Ia merupakan kampung kelahiran bapanya, yang memang asli dari sana.

Katanya, di desa tersebut — kebanyakan rumah masih mengekalkan seni bina lama-lama, lantai tidak bermozek atau bersimen, cuma tanah semata-mata.

Bolo

Nak dijadikan cerita, satu hari balai raya desa tu ada buat satu meeting dan dimaklumkan bahawa kanak-kanak dilarang keluar rumah keesokan malamnya — kerana esok adalah malam kliwon.

Esoknya, aktiviti harian dia berjalan macam biasa sampailah waktu malam…

Jam dah pukul 9.30 malam, perut pulak berbunyi-bunyi kelaparan. Apa lagi, dia pun minta izin ayah nak keluar cari makanan.

Ayah hulur 100k rupiah, beserta pesan “kalau nak keluar bawa sekali sepupu lain untuk temankan.”

Tapi…

Kli1

Takpa la kalau dah gitu, so dia pun ke pekan karaban yang katanya dah macam pekan koboi.

Ada satu kedai je yang berani bukak dan bila masuk, tukang masak tu pandang dia atas bawah.

Habis makan, tukang masak tu tanya dia berasal dari desa mana?

“Desa Bolo Agung, mas,” jawabnya.

Dengan tak semena-mena, raut wajah tukang masak tu berubah tiba-tiba seolah-olah ternampak hantu.

Kli2

Setibanya di area masjid, bulu romanya meremang dan scooter yang dinaiki seolah-olah jadi ‘berat’.

Dan sewaktu melintasi sebuah jambatan berhampiran, dia ternampak ‘sesuatu’ di bawah jambatan.

Sekilas pandang, rupanya nenek kebayan tengah menggendong bayi! Dan bau busuk yang teramat sangat, tiba-tiba muncul entah dari celah mana waktu tu.

Kli3

Kli4

Dalam ketakutan tu, tiba-tiba ada sebuah lori berhenti di depannya dan brader tu pun offer untuk hantar dia yang waktu tu masih terketar-ketar untuk balik rumah.

Bila ditoleh ketepi, nenek kebayan tadi dilihat berlari ke arah kubur.

Sampai je rumah, ayah dah menanti depan pintu…

Kli5

Pukul 4.30 pagi, dia masih tak dapat melelapkan mata disebabkan dah merasai bermacam jenis perkara-perkara mistik malam tu — so dia cuba habiskan waktu-waktu hening tu dengan menonton tv.

Tiba-tiba, kedengaran bunyi bertukang. Ayah dia datang dan cakap “nak tengok sesuatu tak?”, dan mereka pun berbondong-bondong ke belakang rumah.

Ada dua budak lelaki bertopeng pahlawan tengah bersilat!

Kli6

Kli7

Dan kejadian mistis malam penuh angker itu tamat di situ.

Esoknya, dia kata berlaku kekecohan di tanah perkuburan kerana ada satu kubur berlubang seperti telah digali orang. Dan lebih peliknya, ada batu nisan ‘melekat’ di pokok.

Bila dirisik pada jiran tetangga, rupanya waris kubur yang digali tu ada ‘menuntut ilmu’ dan dari malam sebelum kliwon lagi diorang dah bertapa kat kubur tu untuk asah ilmu.

Kli8

Kli11

Bayangkan, dalam satu malam je dapat tengok nenek kebayan, pocong dan manusia bersilat di kuburan. Bikin merinding, boleh demam seminggu dibuatnya.

Ada yang berani nak merasa pengalaman malam kliwon? Desa Bolo Agung mengucapkan sugeng rawuh kepada anda.

 

Baca: 5 Lebuhraya Paling Berpuaka Di Malaysia Yang Bakal Menghantui Perjalanan Balik Kampung Korang!

Puaka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.