in

9 Mitos Tentang Seks Yang Ramai Orang Percaya, Tapi Sebenarnya…

Collage 22

Baru-baru ini, Durex Malaysia telah menjalankan tinjauan bersama belia Malaysia dan tinjauan ini telah mendedahkan persepsi, tingkah laku dan tahap pengetahuan mereka tentang seks. Tinjauan ini dibuat dari April dan Mei 2022 melibatkan lebih 1,000 belia di seluruh Malaysia.

Hasil dari tinjauan ini menunjukkan bahawa seramai 35.4% belia Malaysia telah melakukan hubungan seksual. Peratusan ini meningkat berbanding hanya 18.8% pada tahun 2016.

Selain itu, di antara mereka yang telah melakukan hubungan seksual ini, 64% dari mereka melakukan hubungan intim ini pertama kali di usia 22 tahun atau lebih muda dan 40% dari mereka merasakan tekanan sebelum melakukan hubungan seksual.

Manakala 60% dari belia yang telah membuat hubungan intim ini telah memilih artikel dalam talian, filem atau video bagi mempelajari tentang seks.

Screenshot 2023 05 23 At 4.42.10 Pm

Berbanding tahun 2016 peratusan belia yang tidak tahu wanita boleh mengandung selepas pertama kali melakukan hubungan seksual telah turun ke 31% dari 35%.

Seramai dari 35% juga percaya bahawa penggunaan dua kondom dalam satu-satu masa adalah lebih baik dari satu.

Tinjaun ini turut mendapati seramai 1 dari 20 wanita Malaysia pernah mengalami kehamilan yang tidak diingini sebelum ini dan seramai 42% remaja lebih gemar melakukan seks tanpa kondom.

Jelasnya, keputusan tinjaun ini memeranjatkan kerana ramai belia Malaysia yang masih tak tahu tentang fakta-fakta seksual ekoran tidak didedahkan dengan perkara ini sejak dari awal.

Hasilnya, ia akan lebih menggalakkan seks sebelum berkahwin, penyakit kelamin serta pembuangan bayi yang berleluasa.

9 Mitos Tentang Seks Yang Ramai Orang Percaya, Tapi Sebenarnya…

Barefeet Custom 0D22Da1A561C7D4041523674D1Ceb7Baf0F19E3B S1100 C50

Dekat bawah ni adalah antara mitos-mitos tentang seks yang ramai orang percaya beserta faktanya:

1. Wanita tak boleh mengandung semasa pertama kali melakukan seks

Fakta: Kehamilan boleh berlaku pada bila-bila masa sekiranya berlaku kemasukan zakar ke dalam faraj walaupun ketika pertama kali melakukan hubungan kelamin.

2. Dua kondom adalah lebih baik dari satu

Fakta: Geseran yang berlaku akibat dari dua kondom bergeser antara satu sama lain akan menyebabkan koyakan kecil menjadikan ia lebih mudah koyak semasa melakukan hubungan seksual dan kurang efektif.

3. Tak perlu melakukan ujian penyakit kelamin sekiranya hanya melakukan seks oral

Fakta: Apa-apa aktiviti yang melibatkan pertukaran cecair badan sama ada melalui sentuhan oral atau kemaluan boleh menyebarkan penyakit kelamin. Penting untuk jalani ujian penyakit kelamin walaupun tak pernah melakukan seks penetratif. Sebab tu kena buat ujian HIV sebelum kahwin.

4. Kondom buat seks kurang nikmat

Fakta: Kondom mempunyai kesan yang sangat sedikit terhadap kenikmatan yang dialami semasa berhubungan, malah ada beberapa kondom yang meningkatkan lagi kenikmatan dan peluang untuk orgasma atau mencapai klimaks.

5. Pendidikan seks atau bercakap tentang seks hanya akan menggalakkan hubungan seksual

Fakta: Pendidikan seks yang komprehensif akan menggalakkan ramai belia untuk menangguhkan aktiviti seksual serta mengamalkan seks yang lebih selamat sekiranya mereka aktif secara seksual.

6. Pancut luar tak boleh mengandung

Fakta: Pancut luar atau mengeluarkan zakar boleh menyebabkan kehamilan kerana kehamilan boleh berlaku melalui air mazi.

7. Seks di dunia nyata sama seperti dalam filem atau pornografi

Fakta: Seperti filem, seks di dalam pornografi adalah fiksyen dan dibuat untuk menghiburkan orang. Manakala seks sebenar tidak mempunyai skrip dan lebih realistik dan intim.

8. Wanita akan sentiasa klimaks ketika melakukan hubungan kelamin

Fakta: Tak semua wanita akan mengalami orgasma ketika melakukan hubungan kelamin. Kebanyakan dari wanita ini hanya capai orgasma ketika rangsangan klitoris.

9. Boleh tahu sekiranya seseorang itu ada STD

Fakta: Kebanyakan penyakit kelamin tidak menunjukkan simptom luaran dan mungkin tidak menunjukkan simptom langsung sehingga dah teruk.

Pendidikan seks bukan hanya penting untuk belia malah untuk pasangan yang sudah berkahwin. Ini kerana dengan pengetahuan ini, seseorang itu boleh melakukan keputusan yang baik serta dapat menguatkan lagi hubungan dan komunikasi di antara pasangan. Ingat, jangan dah terhantuk baru nak tengadah.

 

Baca: Kajian Dedah Lelaki Malaysia Punyai Antara ‘Anu’ Terpendek Di Seluruh Dunia

Collage Penis.jpg 758X398 1